Friday, October 29, 2010

Ibu Mithali, Isteri Sejati

Siapakah dia Ibu Mithali? Isteri Sejati?
Dapatkah kita menjadi dalam golongan Ibu Mithali Isteri Sejati ini?
Mari sama-sama renungkan analisa yang telah dibuat oleh seorang pakar motivasi terkenal tanahair dan sama-sama kita mengorak langkah berusaha ke arah menjadi Ibu Mithali Isteri Sejati.
In blue is my comment

Oleh : Dr. Fadzilah Kamsah (Pakar Motivasi)
Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :
  1. Berdoa memohon keredhaan Allah
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
  3. Membersihkan hati dan pemikiran
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif
  5. Mendidik diri sendiri
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
  7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
  8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
  9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
  10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  11. Muhasabah diri
Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja(*InsyaAllah semua sekali). Jika anda telah berjaya, anda patut bangga, namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.
 
Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-
  1. Positif Terhadap Perubahan
  2. Positif Terhadap Diri Sendiri
  3. Positif Terhadap Kepimpinan
  4. Positif Terhadap Masalah
  5. Positif Terhadap Orang Lain
  6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
  7. Positif Terhadap Idea Kreatif
  8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
  9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar
~Apa Key Word dekat sini? Positif, yes. Postive towards every aspect of life leads to positive environment as well,Saya berubah menjadi positif dan persekitaran turut berubah bersama saya.

Antara petua untuk menjadi ibu mithali :
  1. Analisis diri daripada pandangan anak
  2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
  3. Bercakap benar
  4. Kotakan kata-kata
  5. Didik anak mengenai kemahiran sosial
  6. Gunakan masa jitu untuk mengajar
  7. Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
  8. Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
  9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
  10. Melatih anak berfikir
  11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
  12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
  13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
  14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
  15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
  16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.
~petua petua yang harus sentiasa diamalkan, alah bisa tegal biasa.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :
  1. Pendidik keluarga
  2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
  3. Penasihat
  4. Doktor dan jururawat
  5. Mendisiplinkan anak-anak
  6. Kawan atau sahabat
  7. Penyelesai masalah
  8. Merangsang perkembangan mental anak-anak
  9. Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
  10. Model pada anak-anak
  11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
  12. Mengawal ekonomi rumah tangga
  13. Menjaga harta suami dan keluarga
~Apa yang dapat from the listing above? Ibu is also a teacher,vice president,consultant, Doctor,nurse,Cikgu disiplin,Kaunselor,model,Perancang ERT, bendahari? (treasurer?) ha..banyak nyer kerja yang dilakukan oleh ibu ni . do tell me. If there is any work harder than all this.

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-
  1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri **this is interesting
  2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak **berebut nak tgk tv kadang tu
  3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak **must learn to take up this
  4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak **yes
  5. Mendidik anak berdikari **agree, boleh start bagi assignment
  6. Mempunyai nilai diri tinggi ** :)
  7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak **yes.say sorry
  8. Bertindak secara jamaah **makan berjemaah,solat berjamaah, lakukan aktiviti sama-sama
  9. Mengorbankan kepentingan peribadi **:)
  10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan ** :) focus
  11. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan. **InsyaAllah
  12. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga. **Semoga Allah makbulkan
Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi ibu mithali, isteri sejati. *Amin

Thursday, October 28, 2010

Tips Pindah Rumah

Tips Pindah Rumah/Pejabat Mengikut Islam 

1. AZAN
- para ulama berpandangan adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah/premis baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat tempoh kosong yang dimaksudkan ialah lebih daripada 40 hari dan ada pula yang berpandangan lebih daripada 15 hari.


- dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. 


2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH
- sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya ; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN
- dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud; “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran”(hadis riwayat Al-Baihaqi).

4. BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS
- amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan berkenaan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi 7 kali, ayat kursi 1 kali (tetapi ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali).

5. PAGAR RUMAH SECARA ISLAM
- perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
- bagaimanapun, ada cara memagar rumah yang dibolehkan dan digalakkan. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut:

i) ambil air secawan
· baca surah Al-Fatihah
· baca ayat Kursi
· baca 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al-Nas)

ii) tiup ke dalam cawan tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
iii) kemudian jirus ke setiap penjuru rumah dengan air tersebut. Mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jam.



~tak lama lagi nak pindah ke rumah baru harap dapat article ni dijadikan panduan.

Aqilah Zulaika Mohammad Akhir

Special entry untuk adik.


Detail as follows:

Full Name : Aqilah Zulaikha Mohammad Akhir
Weight :2.99kg
Delivery DateTime: 2/3/2010 8.13am @ Taiping Hospital


Pix taken @ the age of 6 months. dah boleh merangkak dah.

A little bit about adik.

  • Adik lahir time Walid pergi kursus DPA..just...a day after~ if only adik keluar at 1/3 or earlier dapatla Walid yang iqamahkan. Pak Nyah ngan Mak Nyah ade..So Pak Nyah yang tolong iqamahkan.
  • Bersalin kan adik  sangat mudah, mungkinkah sebab kelahiran kedua? tak semestinya. Tapi Alhamdulilah Allah permudahkan.Tak perlu sakit lama-lama.Ummi masuk labour room kul 8.00 kul 8.15 dah siap semua.8.30 Ummi dah ade atas katil kat wad dah..betul2 macam express ajer..member satu wad katil sbelah..bukan main terkejut lagi..huaaa...tunggu turn.Hehee..ape petua yer? Ntah..semua petua amik dan amalkan. Tapi dua ni Ummi ingat.
    • Makan telur ayam kampung (kt rumah byk ayam kampung)..2-3 kali gak ni telan mentah2 camtu..power tul Ummi ek..ahaha..ade orang tak lalu langsung.
    • setiap hari dah masuk 9 bulan tu Ummi amalkan minum minyak kelapa dara. Virgin coconut Oil
    • Of course, minyak selusuh/air selusuh bagai, mak bagi ncik bagi. dua2 pun telan. Wah...
    • selain bacaan surah-surah amalan macam surah Maryam tu,doa Nabi Yunus masa dlam perut ikan yu..tak ingat dah ape lagi.
  • Pengalaman bersalin yang sangat membahayakan sebab Dr tak ready, nurse tak ready, Ummi pun tak ready.everybody is not ready. Wayar pun tak pasang lagi utk monitor heartbeat adik,heartbeat Ummi. Ketuban pun tak pecah,darah tak turun,takde tanda melainkan contraction yang kerap sahaja. Macam mana Dr tu tak percaya bila Ummi cakap adik dah nak keluar. Dia boleh cakap "Wait, air tak pecah lagi"- Procedure Dr, dia akan pecahkan ketuban.. Dr tgh duk menulis nak record details Ummi.hahaha...Lepas dia cakap..~~~~ Sambil Ummi push..a minute after. Terdengarlah suara tangisan yang paling nyaring pernah ummi dengar.Adik la tu. Lantang betul.
  • Mmg suara adik lagi lantang dr abang,abang Muadz suara soft sikit. he3x.
Aqilah Zulaikha Mohammad Akhir, jadi kuat dan sihat macam abg k?

  • Dr segi perangai mmg berbeza of course, contradict abg kan lelaki, adik perempuan gentle sikit. hehee..~so sweet~..
  • Adik ni kuat nangisla...Kalau takde Ummi susah sikit ngan orang lain. Even Walid pun. Kalau ade Ummi..dia jadi budak baik.Senyap ajer.. Abg dulu tak kisah pun ngan sape2.ok jerk.
  • Adik ni ade personaliti ni. bak kata Ba. Follow certain rule.. kalau nangis pagi2 tu.. laparlah. dah kenyang main sorang -sorang pun takpa.. haha..normalla tu. 
  • Walid pun ade cakap "setiap satu anak tak kan sama, kalau tak cabarannya takda,kalau semua anak sama aje perangai dia, mana seronok jadi parent"- >< camni la kot Walid cakap.
Ok. Semoga Aqilah Zulaikha menjadi si cantik yang cerdik yang menawan dan menjadi umat Nabi Muhammad yang solehah.

Salam Sayang,

Tuesday, October 26, 2010

Nyanyian Mu'adz

Mua'dz kalau sakit
Ummi~Muadz sakit perrot sakit bakang sakit idung~ bubuh ubat~Asal sakit sikit aje mesti ini yang dia sebut walau sakit tu cuma sakit perot aje.. uhuhuu


Mua'dz suh Ummi bancuh Susu
Ummi~bancoh susu~bottol, air sejuk air panas air sejuk air panas~ Tak pulak dia cakap susu. hahaha.


Mua'dz when Nature Calls

Ummi~Mua'dz Nak Belak .(Amik toilet bowl dia sendiri, duduk sendiri atas toilet bowl tu)

Ummi~Mua'dz Nak Poncing (bukak seluar sendiri) kalau lambat sangat Ummi tarikkan ajelah.

Ummi~Mua'dz Nak Puntah. G kt toilet bowl nak Muntah.(Actually tak muntah pon.. dia batuk berkahak belajar nak ludah keluarkan kahak tu)..

hahaha......

Muadz bila nampak Baju Swimming dia

Ummi~Baju Mua'dz! mandi swimming pool kolam~
Muadz dgn Train

Yang ni tak tahan, hari -hari mintak at least sehari ade nyanyi sekali

Ummi,Balit@Walid- jom naik tapi(keretapi)
atau
Mu'adz nak naik TAPI!!!!!!!

Mu'adz kalau Nak Tidur

Ummi~Mu'adz pantok.Nak tido.
Salam~ (salam Ummi nak masuk tido)
oklah..baringla..
Nak Bantan (bantalla tu)
Kiss gudnite. (pipi kanan,pipi kiri, dahi) -selalu Ummi buat kat dia sekarang instead of Ummi dia pulak yang acting Ummi.
~Shiiaannnn Ummi~


Sekarang since Mu'adz dah pandai memerintah, Ummi n Walid kene pk cara macam mana nak ajar Mua'dz ni.. good manners..
instead of cakap Nak itu nak ini dgn cara agak kasar.
Put a please there..'tolong'

Ok Mua'dz? Good!

Musim orang sakit 3 serangkai demam + selsema + batuk

Yes, mula-mula dengan Mua'dz yang suka sangat nak minum air sejuk.
Batuk dia disebabkan faktor cuaca,
keadaan rumah yang agak berhabuk sebab mengemas/packing barang masuk kotak
berjangkit pulak kat Ummi ngan Walid dia,
terkena tempias sedikit aje kat adik Aqilah (demam sebab nak tumbuh gigi)
mana tahu bila hantar ke pengasuh.. dia dah dapat package jugak.
So dekat resit Medical Claim Ummi, adelah nama 4 orang yang sangat bertuah dapat sakit ni.Sure nanti HR query,
hehehe..

Anyhow, smalam pergi visit Dr Nadirah kt klinik dia di Puchong Utama.sbelah Domino Pizza aje.

http://poliklinikmymedik.blogspot.com/

Dulu mmg kalau Outpatient aje kt KPMC jumpa  dia..
Skang since dia dah bukak klinik persendirian, Ummi ngan Walid follow ikut dia jugak.
Tak nak lah Dr baru yang ganti tu. tak biasa.
Lama chat dalam consultation room dia..hehe..dr urusan lepas bersalin..(sebab baby kitorang beza 4 bulan aje)
sampaila ke personal medical problem and facebook story as well hehehhe.
Lama tak jumpa la sejak lepas balik pantang until yesterday.
Nasib baik patient tak ramai sangat sebab dah malam so takde la rasa bersalah sangat buat orang menunggu,

Sementara Walid melayan keletah Mua'dz (leka main kereta mainan kanak2), Ummi tak menang tgn layan Aqilah yang sangat aktif tu walaupun demam dan berhingus.

Persekitaran klinik very user friendly macam tak berada di klinik, Ummi suka that 'calm' feelings and surroundings.
Semoga this family business(Dr and Husband which is also a surgeon) terus success dan berkembang maju.

Promote sikit:

Poliklinik MyMedik
"Quality and Profesional Primary Healthcare"

Wednesday, October 20, 2010

Kenduri Pemilik 'Tiger'

Last Saturday (17/10/2010), Walid bawak Ummi pergi kenduri 'pemilik tiger atas katil', which is..kawan walid la tu.Ummi actually dah booked Walid tuk kenduri Yap kawan semasa kt matrix kmpp dulu, dan Walid pun dah agree, tapi last minute changes dari menghala ke Putrajaya tayar tu golek pergi ke Selayang pulak.... Last minute Walid baru teringat ade kenduri kawan2 semasa DPA dia dulu.

Disebabkan Mua'dz tak berapa sihat, jadi perancangan untuk keluar tu antara ya dan tidak. Ya, jadi keluar sebab nak bawak Mua'dz jalan2 go and get some fresh air. Hopefully dia akan cepat sihat bila dapat keluar dan bergumbira. hehe.

Pergi ke sana konvoi 2 kereta aje dr Puchong dgn kawan Walid whose wife is an arkitek. Jumpa kawan kawan walid ~muka yang familiar jugak sebab sudah pernah jumpa 2-3 kali jumpa~tapi yang bestnya semenjak dr event kt Bagan Lalang tu yang memang Ummi kerap jumpa is Kak Nisa'. A mother of 3,selalu sgt jumpa dia sebab husband dia dulu sama kursus ngn Walid kt Johor.

Tak banyak story morry the morning glory sebab anak tak sihat so Walid ajela yang take the lead. Ummi duduk diam-diam bagi makan anak2. Lepas makan pergi solat kat Masjid berhampiran. Dekat sini la anak Ummi ni kelakar betulla,Walid da selesai solat dia sibuk nak ambil air sembahyang nak solat. Lepas tu boleh pulak ummi & walid da tunggu kt kereta dia berjalan tak tengok belakang nak masuk ke Masjid sambil jerit "Mu'adz nak sembahyang!"

Alala....Walid cakap Mu'adz sembahyang kt rumah ajela. terpaksa pujuk dia.

So mmg as promise, bawak Mu'adz jalan2 lagi naik Star LRT. hehehe..suke sangat2 sangat2 suke tak nak turun train tak nak balik. Bila tak nak balik menangisla pulak, alahai Muhammad Mu'adz yang suka train ni..

Pujukla dia ajak balik~ari pun dah malam, Aqilah? tidur aje.best.

Thursday, October 14, 2010

Lagu Kegemaran Arwah

~Al-Fatihah~

Jeffry Din - Seruling Anak Gembala

Di lembah sungai nan indah
Terdengar suara memecah
Melayang bunyi seruling
Kala senja hening

Gembala meniup lagu
Berteduh di rumpun bambu
Dengan tak merasa jemu
Menghiburkan rindu

( korus )
Sawah luas terbentang
Hijau nan mengawan
Jauh pandangan
Di situ tempat permainan

Di situ tempat dilahir
Di mana aku dan dia
Memadu kasih asmara
Akhirnya berpisah

( ulang dari korus )

*Arwah ajarkan pada saya dan kemudian kami bernyanyi bersama*

Dapatkah aku menjadi Ketua Bidadari itu?

Except from Email

Mukhaddimah:
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Wanita yang beriman kepada Allah dan RAsulnya boleh memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki. Cukup dengan empat syarat : menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan RAmadhan, taat kepada suami dan menjaga kehormatan;

Sabda Rasulullah :"Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki." (Hadits Riwayat Thabrani)*~


~In my own word,as per my understanding~

Bidadari di dalam syurga sentiasa muda,
Bidadari di dalam syurga sentiasa membahagiakan suaminya
Bidadari di dalam syurga sentiasa berkehendakkan suaminya ~refer to surah Al-Waqiah tak ingat ayat berapa~
Bidadari ni peneman suaminya yang soleh.
Dan Ketua bidadari -bidadari ini adalah isteri suami yang soleh itu. Jika dia adalah isteri yang solehah.

Tertanya-tanya pada diri, dalam masa hidup yang singkat ini, sementara masih ada dia seorang suami, sementara dapat beramal kepada en suami dan kepada Allah,dapatkah amalan2 diterima dan layakkah sampai ke syurga untuk menjadi Ketua Bidadari itu?

Seriusly sangat jealous kepada bidadari bidadari yang lain tu sebab dapat temankan en suami tetapi andaikata terpilih menjadi Ketua Bidadari, tak jealous dah.

Dapatkan kita semua menjadi golongan yang kanan itu dan juga tergolong dalam golongan insan insan yang bertaqwa.

Suami dan Isteri Bercintalah kita sampai ke Syurga. En Suami-Dia jodohku di dunia dan akhirat.

Susahkah untuk menjadi Isteri Solehah itu?

Ummi merasakan ya. Besar sungguh hak suami tak tertanggung.Taat kepadanya bukan kerana dia lelaki, tetapi kerana dia adalah ketua rumahtangga. Tanggungjawab yang dipikulnya lebih besar dalam membentuk anak-anak dan isterinya menjadi anak yang soleh dan solehah serta isteri yang solehah.



Wednesday, October 13, 2010

Terima Kasih Cinta

Entry ditujukan khas untuk suami tercinta Mohammad Akhir bin Abdul Rahman

Gratitude::Love::Blessed- this is what i feel now


Terima Kasih WalidAkhir
Kerana telah sama berkorban dan tidak mementingkan diri
Kerana telah sama-sama melalui susah dan senang
Kerana telah memberi dan memberi
Kerana telah sama saling memahami

Kerana kita saling memaafkan
Kerana telah bersabar dan sabar dan sabar dgn kerenah dah keletah kami
dan Kerana tidak jemu mendidik kami (Ummi,Aqilah,Mu'adz)

Semoga ditetapkan iman di hati kita dan anak-anak dan semoga rumahtangga kita aman damai,berkekalan hingga hujung nyawa.InsyaAllah


Written By,


Panggilan 'Sayang', adakah menzahirkan apa yang diucapkan atau suka2 saja

Lain orang Lain pendapat dan surely depends on situasi atau keadaan. Tak perlu cepat membuat kesimpulan. Tapi kadang2 ia menimbulkan kekeliruan. Bergantung kepada kepercayaan atau prinsip orang tu juga ya.


Ada orang yang nak test power/market nak tgk pompuan/lelaki tu cair ke tak cair
Ada orang yang sudah menjadi trademark dia
Ada orang yang memang penyayang panggil semua orang sayang
Ada orang yang sudah kerap gunakan hingga sayang tu dah takda makna
Ada orang gunakan sebab nak bodek suruh buat kerja
Ada orang gunakan sebab sudah menjadi trend/ikutan sekarang
Ada orang gunakan sebab dia bos semua staff dia panggil sayang
Ada orang gunakan sebab dia cikgu dan semua murid dia panggil sayang
Ada orang yang sayangnya di tabur tabur.



Ada pulak orang yang gunakan panggilan sayang dan betul2 dia maksudkan.
Ada pulak orang yang gunakan panggilan sayang hanya kepada yang dia sayang
Ada pulak orang yang gunakan panggilan sayang hanya kepada seseorang yang istimewa
Ada pulak orang yang gunakan panggilan sayang utk suami dan anak2 sahaja
Ada pulak orang yang gunakan panggilan sayang sebagai panggilan manja
Ada pulak orang yang gunakan panggilan sayang sebab berharap pihak yang satu lagi tu pun buat yang serupa.



Jadi...anda yang mana satu yer.
Dimana pun anda..Luahkanlah sayang hanya pada yang berhak.
ps: merely my 2 cents.