Wednesday, June 29, 2011

Walid ade Strawberry

Cute heh,
Muadz kata walid ade Strawberry,
'Walid,Walid,kenapa ada Strawberry?'
Strawberry kt lutut kanan
sebijik.
merah menyala mcm strawberry masak ranum.
Yang sebenarnya,
Walid jatuh motor,
Ummi pun..
Naik moto SYM Walid
U turn lepas Plaza Tol Sg Ramal RM1.00
Nak masuk ke Putra Kajang,Kajang Impian,
Kawasan U-turn tu
Ade kesan tumpahan minyak,
Tak sedar waktu amik selekoh
Sekelip mata dah terseret kt atas jalan.
Bukan laju pun bwk moto
dah nak sampai rumah dah
ade sorang biker cuba tolong
tapi tak mampu nak angkat moto tu berat
Walid papah Ummi ke tepi jalan
~Ida,abang mintak maaf~
Ummi ? huh?
Cannot digest ape Walid cakap
Satu badan shaking.terkejut lagi.
Walid luka dalam tapi satu tempat-kronik,
Ummi calar byk tempat kaki kanan,
SYM tu calar satu badan belah kanan aje.
Balik tu..
pergi amik anak2
mkn kt luar
mood terkejut lagi.
Hari ni dua2 pergi kerja dgn bandage kt kaki,
huhuhu.

Tuesday, June 28, 2011

Sekarang baru paham

Ummi dari background IT, manelah tahu bab2 accounting ni,
sekali bila kena buat ERP,
kenala tau selok belok accounting ni
asyik2 kene query je,
telan jugakla nak paham.
encumbrance encumbrance encumbrance.
Likely most of Govt link comp akan practise encumbrance accounting sebab nak track budget.
(else buat ape PM bentang budget budget budget every year)
tapi entry ni bukan pasal encumbrance
len kali la eh kalo nak cerita pasal encumbrace.
 
Ini pasal impact bila system item cost lain dgn harga time beli lain dgn harga time invoice.
common scenario dgn pasaran harga barang tak menentu.
susah payah nak paham ni.
hehehe.
 
12.Consider the following scenerio for inventory item B.
1) Standard Cost 10
2) Purchase Order Liner Quantity,100:Purchase Order Line Price: 12.
3) Match Approval Level Three-Way Matching:Receipt Routing:Direct Delivery.
4) Receipt Quantity:40
5) Invoice Price: 14:Invoiced Quantity:20

Which option describes the effect on different accounts correctly?

Ummi explained as follows:
 
During Receiving
Receive
======
Dr  Receiving Inventory Clearing
Cr  Inventory Ap Accrual    480-- (Qty*PO Unit Price) =40*12
 
Deliver
======
Dr Material Account 400 (Qty*Item cost)=40*10
Cr Receiving Inventory Clearing
 
Dr Purchase Price Variance = (PO Unit Price-Item cost)Quantity
                                        =2*40
                                        =80
 
 During Invoicing
Dr Inv Ap Accrual  240 --Qty*Item cost)=20*12
Cr Liability =280     -- (Qty*Invoice Unit Price) =20*14
 
Dr  invoice Price Variance Account = (Invoice Unit Price-PO Unit Price)Qty
                                                   =(2)20
                                                   =40
    
   
 Nett effect ialah
 
    Debit Material Account 400
    Credit Inventory AP Accrual Account 240 (480-240)
    Debit invoice Price Variance Account 40
    Debit Purchase Price Variance Account 80
    Credit AP Liability Account 280.
 
Sekarang baru paham..ee..rasa mcm nak pergi amik diploma in accountancy.
lagi? Accounting for Dummies (bodohnye)
ye la.
Dulu2 science stream pastu amik IT, mane de perkataan accounting kt situ

Monday, June 27, 2011

Budget Overrun

Jakel Shah Alam, opposite Pintu Masuk (blakang UITM)
Seksyen 7 Shah Alam.
 
First time pergi Jakel ni,
Masuk2 terkesima tgk kain2 and item yang sale
Crowd ? Crowded jln selisih bahu.
 
Lagi terkezut bila masuk dia buat happy hour
Ummi xkenal sgt kain, tapi taunyer rembat yg parfum tu,sepasang RM120
lagi Italian W/B silk sepasang RM90
Lagi cotton,sepasang 45
Lagi2....lagi kak lagi kak..
RM504 TOTAL Worth of kain.
Tapi sgt worth --sebab sale up to 50%, on top of the sale, lagi beli mase happy hour added 30%
 
Shucks....Gaji tak masuk lagi.
Beli pun hutang dulu ngan Walid,
Nanti masuk gaji Ummi byr yer.
 
Seriously Budget Overrun.
Unless meant for business...........
Thats it...
Nanti Ummi Upload gambar kain.
 
-------------------------------------------------------------------
 
p/s: kawasan ni sudah sgt membangun dr last 5 years Ummi ingat Ummi wat project kt area seksyen 7 -Bukit Raja,jln Keluli.
Byknyer outlet yg rata2 Bumi Owned.
Bagusnya.
 

Tuesday, June 21, 2011

Eima last day


Sob sob..sedey...
Tapi ummi doakan yang terbaik untuk Eima.
Ye lah, kawan pun dah ade Master.
Underpaid.
So Move On.
Get what u'r deserve for.

Gambar kt atas sesi makan2 Kt Kenny Rogers Giant Kota Damansara
Haish..
Orang lain dah pindah, Ummi bila lagi ni.
:)


Selamat Hari Bapa to WalidAkhir

Selamat Hari Bapa to WalidAkhir
Terima kasih kerana menjadi bapa yang bertanggungjawab jaga Ummi n Anak2
Walid, We Need You....
Tanda peringatan sempena Hari Bapa yang sungguh special itu
Special dinner treat tuk Walid -yang ni. Best Deal Ever
Makan kt The Mill Grand Millenium.
The food is heavenly.
And Ummi n Walid n is enjoying every chew.
From Western to Chinese to Traditional Malay sate to Japanese to Indian Food to Magical Colours of Dessert
Fantastic.
Unfortunately, takde camera bawak, hehehe tak sempat la nak jaga anak lagi nak tangkap gambar lagi.
Basicly, We enjoy our dinner.
Hospitality is Good.
Dilayan sgt bagus
Baguslah.
There a lot of review write about the special offer by The Mill, one of it
  
Tapi nya yang tak berkenan kt kerenah dua orang budak kecik ni lah.
2 jam pertama sangat ok, masuk jam ketiga dah kritakal- (perut dah kenyang kaki rasa nak berlari2)
Kaki Muadz tak leh diam dah.Nak jalan sana sini, golek sanan sini
Adik pun sama, kaki tak tahan duk kt baby chair je.
Nak jugak merasa berjalan.
  
Salah satu strong characteristic yang buat Ummi dekat dgn Walid ialah tanpa sedar Walid ade ciri2 macam Arwah Abah.
Bermotivasi-dan sentiasa menjaga motivasi orang keliling dia yang penting sentiasa berfikiran positif.
~~Ummi kadang2 down-Arwah abah tenangkan dgn kata2 dia. (biasalah anak mengadu kat abah dia)
~~Ummi harap Walid tak jemu bagi nasihat dan tunjuk ajar kat Ummi.
Teguran berhikmah
Anak manalah takde perangai degil tu? lagi2 anak sulung. Mmg degil. Arwah abah pun byk kali tegur. 'Dia nak apa yang dia nak' --Ummila tu.
Teguran dari Walid.Teguran berhikmah dan penuh kasih sayang. Kalau Walid tegur cara kasar, mmg Ummi merajuk dah.
Ok Walid n Ummi n Aqilah n Muadz sudah kenyang, balik rumah sampai 930 sambung tgk Lost Final Season. :)
  

Friday, June 17, 2011

Ummi MC - GERD

Ummi MC
Symptom for the past one week.
 
GERD- ape tu? 
Selalu muntah, pedih ulu hati.
Perut byk acid rupanya.
No wonder selalu throw out
Abih tu..
dok makan acidic food saje.
Jeruk tu? Mempelam tu? Orange tu? Oh.. Coke? Pepsi? What else?
 
Punca dari pemakanan
 
Kalau perut byk acid kenela neutralkan balik makan la alkali.
Susu ker, milo ker, choclate ker..high in magnesium.
Garam?
tu alkali..ehehhe.
 
Makanan beralkali baik tuk pencernaan.
suppose we take 75%-80% makanan beralkali yang lainnyer makanan berasid 15%-20%.
Ummi dah terbalik pulak

GERD excerpt from wiki,

Gastroesophageal reflux disease (GERD), gastro-oesophageal reflux disease (GORD), gastric reflux disease, or acid reflux disease is chronic symptoms or mucosal damage caused by stomach acid coming up from the stomach into the esophagus.[1] A typical symptom is heartburn.

GERD is usually caused by changes in the barrier between the stomach and the esophagus, including abnormal relaxation of the lower esophageal sphincter, which normally holds the top of the stomach closed; impaired expulsion of gastric reflux from the esophagus, or a hiatal hernia. These changes may be permanent or temporary ("transient").

 
Makanan beralkali
Buah: Epal, aprikot, tembikai, pisang, ceri, anggur, kurma, lemon, pic, nanas, dan tomato
Tenusu: Keju kotej dan yogurt
Kekacang: Badam dan kuaci
Protein: Telur, tauhu, dan dada ayam organik
Sayur: Asparagus, brokoli, kubis, lobak merah, timun,salad, kacang pis, labu, dan bawang putih
Herba: Herba segar, kulit kayu manis, asam jawa, dan halia

*sayur je byk neh

Makanan berasid
Kekacang: Kacang soya, dal, kacang merah, dan kacang parang
Tenusu: Mentega, keju, dan susu
Lemak dan minyak: Minyak bunga matahari, minyak bijan, dan minyak zaitun
Pasta: Semua pasta putih termasuk mi dan makaroni
Protein: Daging lembu, tiram, udang, salmon, tuna, dan isi ayam Belanda
Sayur: ubi kentang

*Oooo....dah tahu dah la kenapa..lagi lagi udang,kentang,kacang,PIZZA,MEE UDANG
 
 
Alamak- Mlm Sabtu nak makan kt hotel 5 bintang ni.. camner?
Takkan g hotel nak makan sayur ajer? Opps Salad. Oh, Malay salad ? (segala jenis ulaman tuh?)
Erk.
Beringat2 ajelah. Berpada2lah.Perut bukan tong sampah nak sumbat semua.
Orang Malaysia ni byk sakit semua punca sebab makan.
Berhati2 len kali dalam pemilihan makanan.
Mesti pilih. jgn tak pilih.

Aqilah checkup

Cerita cari jalan
=============
Smalam Ummi MC
Smalam pun Ummi bwk adik g checkup 1 yr 3 mons.
Muadz tinggal kt rumah.
Mak Teh dia ada. Okla..
Checkup kt mana?
Kt KKBB Bangi. (Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi,seksyen 3)
Fuh.. susahnye nak cari.. berpusing2. tapi rupany dekat aje.
Abis tu....
Bergantung sgt kt GPS. (apsal dalam GPS dia takde??)--
mmg Ummi plot berdekatan2.
Sekali GPS bwk g ke Klinik Kesihatan UKM. (bukan pusat kesihatan tau)
Lepas tu plot ke lagi skali--dia bwk pulak ke Klinik bangi lama tu, aishhhh........nak hala ke Teras Jenang tu..
Ummi Patah balik.
Plot balik ke ILKAP (KK UKM tu kate dekat ngan ILKAP)
Bila plot ke ILKAP, Ummi terlajak simpang masuk ke UKM,
Tanya kt Guard--Sib baik guard tunjukkan jalan yang benar.
heheh.. Sign Board dah depan mata.
Memang depan ILKAP, tapi nak masukknya kene wat pusingan U besar melalui roundabout pusing balik.
Keluar kul 8 kul 10 baru sampai.
hehe.
kalau ikutkan jalan yang lurus dan betul tu..
agak2 15 minit aje kot.
huhuhuhu.

Sebenarnya bukan Ummi tak prepare awal nak cari tempat ni.
Nurse dr KK Puchng dah tunjuk direction.
Ramai pun dah bagitahu direction.
Tapi sebabkan Ummi tak biasa sgt lagi area Bangi yg byk roundabout ni.
Ummi tgk roundabout dia semua sama aje
:p

Lepas dah jumpa tu senanglah sikit. Learn from hardways.nak kenal jalan.

Cerita time checkup
==============
Dah tentu datang lambat,
Cakap terus terang je.
Saya dari KK Puchong.
Then amik nombor.
tunggu giliran saja.
Mmg standard dah tahu --confirm amik masa.
So masa yang ada tu.Ummi n Aqilah g breakfast.
hahah...
Breakfast tu yg bekal bwk dr rumah aje
Pizza promotion yang smalam beli tu..
ngan air kotak
Aqilah -Susu dia lah.
Standard checkup
Timbang
berat Aqilah dah turun sikit
dr 9.xx kepada 8.8
tinggi 74cm hikhik. ~ketot~

1 yr 3 mons-- dr bagi adik ubat cacing.
:)

Kenapa Ummi MC? Mana Walid?
Nanti ummi ceritakan.
Walid outstation lagi--kali ni kursus pulak.
Kat PD pulak.
Nanti balik nak g Kluang pulak...
Next month dia ke Sabah pulak.
Luckily Walid out dlam negeri aje.
Kalau obersea?
Sure tinggal Ummi untuk waktu yg lama,
Huuhuhu..teringat Ummi tinggalkan kerjaya impian itu..

Friday, June 10, 2011

For today is Friday

Source: dilbert.com

On Project Requirement




hehehe....
It is look like you over there?
Sitting on the table reading news paper?
today is Friday mah...



hehehe.
Marketing?
all talk and do nothing




Hehe...
can't say much.
kena sebijik.
have u happen to be in the same situation?


that's it.
For today is Friday.
Enjoy ur holiday.
Dnt be sedey2

Thursday, June 9, 2011

Peace No War

Peace!
hehe.
Muadz dulu tak pandai.
Bila buat peace,
jari telunjuk aje yang naik.
macam angka satu tu
Tapi ini peace pada Muadz bukan maksud Peace pun
Maksud dia : Ultraman
haha.
sebab ultraman buat camni.
JAdi dia tu Ultraman la tu,
alahai.........



Make Peace.
Peace No War.
Peaceful
Blissful.
Jeruk kt bawah Walid bwk balik dr Penang.
Kalau Ummi pesan Walid tak bawak
Kalau Ummi tak pesan tetiba je ade
Peace Magic :)
Teringat dulu masa pregnant kan Muadz Walid bwk balik seguni jeruk dgn pelam manis dr perlis tu
tapi tak pulak Ummi makan.
teringin tu cuma nak rasa satu ketul saje.
yang lebih tu..bagi2 kt orang.
Tak bagus mkn masam2 n jeruk byk2.

ehhee..so yang ini sape nak merasa meh datang rumah meh.
Pagi tadi dah hantar kt taska diorang satu beg

So ceritanya Walid dah balik dari utara,tapi pergi semula ke tempat lain kt selatan tanahair
Biasanya kalau turun sini harus Walid bwk balik Briyani Power sana,
kalau ade Mee Bandung Muar tu..Bonus lah
tapi..

takde pulak Ummi kirim,
Kalau ade tu rezekilah
 Oh..terima kasih Walid bawak balik rezeki

Wednesday, June 8, 2011

Cerita Satu Malam - Part 2

Tetiba ~~~
Eh..mana lak datang kete/moto scooter ni..(itu panggil ape Ummi tak tahu)
Rupanya Muadz ambik keluar dari bilik -

Apa lagi~
tinggalkan mainan train set itu
adik terkam yang moto
Ada rindu agaknya, tepon Ummi bunyik
Suara Walid
'Adik buat apa?'
'Err..adik main mainan abang (Walid)'
'Yang mana?'
'Err....yang moto tu'
'Yang mana?'
'Yang moto tu tayar dia besar tin coca cola'
~~~~~~Ummi tak tahu mainan ni panggil aper la~~remote control dia dah rosak~
'Oooo..takpela,bagila dia main'
Fuh! Sib baik Walid tak marah :)


Ohhh...Walid! tgkla adik main mcm mana tu
anak dara Walid ni agak brutal pulak
pergi langgar dinding!





Abang dia?
Main scooter ni
bukan main laju lagi
pandai pulak dia nak bawak adik
(ke adik yang menumpang naik?)
ehhee
Ummi takut adik jatuh
suh adik peluk abang kuat2
Tgkla adik tu.
innocent je jadik penbonceng
hehehe
seronoknya tgk
dalam masa yang sama hati2
takut muadz brek mengejut kang
jatuh pulak adik
Adik tu..
pandainya..
dah tak nak main
turun sendiri yer
tinggal la abang main sorang2


Scooter Muadz penuh sticker Thomas the tank engine

Habis dah cerita satu malam,
satu malam diorang yang diisi penuh sampai dekat kul 1 pagi main
yang pening nye Ummi
nak suh anak2 tido
apela diorang makan kt taska siang tadi
malam cam bateri energizer
Nak paksa tidur
Ummi tutup semua lampu
Simpan semua mainan
Nangis ke ape ke
Tido!
Tetiba Muadz tanya
'Ummi,Walid mana?'
Aduh..

Tuesday, June 7, 2011

Cerita Satu Malam - Part 1


Walid g outstation yang agak lama
Ummi dgn anak2
First day -ajak adik Ummi nadia teman Ummi g PKNS
Muadz merajuk2 nak menan.
Nangis2, Ummi malu punya pasal
beli jugakla.
Uhuhuu..
Balik rumah- simpan mainan

Day 2-
Maka bermulalah cerita satu malam
Muadz-conquerer
Adik-Monster
ahak.
Ummi tak nak campur tangan mula2.
biarkan Muadz sendiri setup
tapi apa nak buat ade monster kt situ
pasang satu dia relaikan balik satu
pasang lagi monster baling pulak yang dah siap

Ummi terpaksa campur tangan
Cepat2 buat siapkan model train station itu.
hasilnya,
itu conquerer n monter boleh main sama2
tak gaduh tapi kadang2 berebut mainan jugak.





Kat bawah ni castnyer
Ummi tak ingat namala
tapi yang kt tgh tu mmg monster kecik adik bawak main waktu mandi
ade thomas,percy,james,bob n the geng,
lain2 tu kereta kecik walid.
amik dari lemari
buat nyemak kt train set tu ahak
Walid jgn marah eh,
buat kerja baik2 kt penang tu.
Kereta kecik tu elok je adik baling2 kadang baling kene ummi jugak
:p

antara ahli majlis

budak2 ni sibuk main while Ummi lepas settle setup diorang ni jadila camera girl kejap
lepas itu Ummi chow pergi basuh kain selambak 13 kilo
Fuh!
Posted by Picasa

Biar Menyesal Beli Jangan Menyesal Tak Beli

Haddoi.. mana belajar ntah ni.
Menyesalla tu :)
Semua ni gara - gara mende ni



Walid kata keluar nak g jalan2 nak g Midvalley
Sekali anak2 da tidur, nak buat apa?
Pusing2 la.
Walid tanya soalan cepu mas lak
Nak g tak Sale di atas ituu
Ummi kata la nak!!!
Walid tunggu dalam kereta jaga anak2
Ummi pergi tgk
(tgk!)
Tgk! Tgk! apa yang ikut balik.

gambar Ummi gelap ~beli loose~
yg lonjong tu tempat nak letak ikan
square dinner plate
square lunch plate
square bread and butter plate
square bowl
saucer plate
itu yang paling besar bulat 2 bowl kt tepi tu ~~ maggi bowl~
ahak..noodle bowl.

google


                                                                      google~ Herb Country

yang ikut balik tu 20pcs dinnerware dalam kotak purposely tak nak bukak oh.

4 pcs Dinner Plates/ Pinggan makan malam
4 pcs Bread & Butter Plates /Pinggan serbaguna
4 pcs 21cm Soup bowls /pinggan soup
4 pcs Saucers /piring
4 pcs Cups /cawan
 
 
...menyesal....menyesal amik design lain lain.
actually last year sale ade rembat satu design jugak,, bliss ape ntah, itu.. complete set. 8 orang.
kali ni...kalaula Ummi amik design yang sama aje tapi dua ke tiga set ke.. rasanya bijak lagi.
Tapi sangat tak bijak dari segi pengurusan wang.
Tapi memikirkan nanti keluarga nak datang, takdela Kakcik -emergency bwk pinggan dari rumah dia.
Uhuhuhu..pengajaran~ pastikan pinggan cukup kalau adik beradik datang bertandang.
Lagi pun.. sale ni setahun sekali aje.. bukan selalu pun ummi beli pinggan,~ayat nak sedapkan ati~

Friday, June 3, 2011

Gila Udang

Happy n Content
Walau anak2 tak brapa sihat
Tapi mmg dah sedia maklum
Kemungkinan kemungkinan itu

Bila dah sampai Bangi
Sgt kagum tgk Walid

Walid tanya Ummi
'Macam mana nak siang udang ni? '
Rupanya,
Berjam dlm bilik air
Walid siang hasil tangkapan dari  Sabah
Walid siang Udang, siang sotong,
Banyakkkkkkkkkkkkkkkk
Basuh, paket-paket kan kecik-kecik 10-15 ekor satu paket 
bekukan
Satu paket utk sekali masak

Habis Container tu kosong Walid kerjakan
Tinggalkan sedozen lagi
Udang Rimau (Auuummmm!)
utk Ummi settlekan( sbb Walid nak solat)

Pstt: Walid tak tanya Ummi mcm mana nak siang Sotong?
hehe...bilik air tukar kaler itam, ncik kata : kalau orang pandai siang tgn dia tak itam. :) Ummi pun kadang fail jugak

Minggu depan n minggu depan2
Gila Udang!
tiap kali dinner ade Udang! 

Terima kasih Walid.

TOLOL

One Fine Day,

 

My Other Half: Apa Maksud orang tulis LOL dekat Facebook tu eh?

Ummi: Laugh Out Loud (Ketawa Kuat Kuat Besar Besar)

My Other Half:OooooOoo.

My Other Half:MacaM tu bolehla abang tulis ToLoL (reply kt Facebook)

Ummi: Hmm? (Confused)

My Other Half: Together Laugh Out Loud

Ummi : Aa..Ahak..ahak (Kreatip Walid Neh)
 
Tapi....Tolol bahasa Kamus dewan bermaksud Bodoh 
Kalau B Inggeris kata Stupid.
J