Thursday, September 27, 2007

Majlis Buka Puasa Keluarga

Hmm...Keluarga sebelah Abg ni besar..12 orang adik beradik. Sabtu ni nanti ada Majlis Berbuka Puasa..Susahlah..Pagi tadi pun Walid da cakap..Ummi tak boleh mkan banyak..makan banyak nanti Ummi muntah,Rugila....hehehe...Nafsu nafsu..Itulah...Ummi kene makan sikit2.tapi kerap. atau..Waktu buka puasa..makan sikit..then makan sekali lagi sejam kemudian tu..


Ummi Expecting Baby

Koleksi Lagu Raya




Dgr2 lagu raya ni time kat office mmg syahdu aje..na balik kg cepat2...oh..nanti na kene keluarkan duit na tukar duit baru..duit raya bagi budak2..huhu..

Hari Yang Meletihkan

Salam. Ummi tak larat hari ni. da dua hari ummi pun rasa mcm ni. Sebabkan mcm ni..Ummi tak puasa. Ummi terpaksa bukak puasa pasal Ummi da rasa lembik aje. Ummi lagi takut bila dengar kawan Ummi muntah muntah sampai dia kene masuk 5 botol air kt spital..Ummi harap Ummi kuat. Tapi mmg doktor pun sarankn seeloknya 3 bulan pertama@first trisemester..elakkan berpuasa..pasal bimbang janin tak kuat lagi..walaubagaimana pun..jika alahan kurang atau tak teruk dan kesihatan ibu mengizinkan..puasalah..perihal Ummi..ada kala Ummi kuat adakala Ummi lembik pulak.mcm hari ni la..waktu bukak puasa semalam ummi tak lalu na mkn. ummi mkn nasik himpit seketul aje. then dgn roti hot dog separuh..itu pun ummi muntah. mlm ummi da lembik. bila sahur lak..ummi tak lalu mkn jugak..ummi sumbat jugak mkn nasik himpt seketul 2 dgn coklat panas. pagi lps subuh ..ummi muntah lagi..doktor kata kl sahur terlepas sahur atau sahur tak mkn apa...baik jgn puasa..khuatir kesihatan ibu dan janin terjejas....ummi sampai office..ummi muntah lagi..bila bdn da rasa seram sejuk..kepala da pusing...ummi tak de pilihan lain..na tahan pun tak larat na thn da..so Ummi masuk pantry..baca bismillahirrahmanirrahim...ummi teguk air suam dr water cooler tu..tak cukup..ummi bancuh milo pulak...susu Abdullah ummi tak bwk..kl tak ummi minum susu aje. sekarang ni pening lagi..tapi ..harap2 hilanglah semua loya2 tu. doktor ckap morning sickness ni akan jadi lebih teruk lagi...time tu mase 8 minggu.skang da 10 minggu..mmg pun..dulu ummi tak muntah teruk camni..sikit2 aje..ini..sekarang ni.asal ummi mkn ape je...muntah balik..semua pulak tu.ish ish ish...bersabar dgn kesakitan ni..mudah-mudahan berkat kesabaran tu..ada rahmat di sebaliknya.

Friday, September 21, 2007

25 Pesanan Luqman Al-Hakim

Salam Abdullah, smalam dgn hari ini ummi tgk Walid rajin sgt. mmg Walid tu orangnye rajin pun. tlg Ummi sekali basuh kain,sidai kain, kemas rumah,vakum lantai.cuci pinggan. .Ummi bersyukur sgt dpt suami yang memahami mcm Walid.tinggal Walid tak masak aje lagi.. ehehhe. ..itu Ummi yang buat. (Walid ckp ummi masak sedap)-(lagi satu walid tak tau masak)-hihiihi.Tapi..sebenarnya,bila sesuatu masakan tu dimasak dgn penuh kasih sayang itu yang paling sedap tu..aa..Walid tak tahu ni..Ummi saaayang Walid. Ummi sayanng Abdullah. Nanti pun Ummi akan masak sedap2 berkhasiat bagi Abdullah makan.Ummi harap kalau Abdullah da besar jadilah mcm Walid.Taat pada ibu bapa,Tak tinggal Solat,Doa dan Zikir tiap kali habis Solat, Suami yang bertanggungjawab,juga seorang anak yang bertanggungjawab.Abdullah....jadilah orang yang beriman dan beramal soleh.. Seperti 25 Pesanan Luqman Al-Hakim ni...

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Alhamdulillah

Assalamualaikum Abdullah, apa khabar hari ni. Ummi harap Abdullah sihat, Ummi sentiasa doakan Abdullah sihat-sihat sentiasa.sentiasa terjaga. Ummi harap dengan ummi berpuasa ni Ummi tak ganggu nutrition intake Abdullah.
Mmg Ummi tahu kadang-kadang Abdullah merajuk sebab tu Ummi rasa perut Ummi sakit dan kadang2 cramp. tapi Ummi tahan. Ummi berdoa Semoga Abdullah pun dapat bertahan.

Santapan Rohani




~~*Smile*~~