Monday, November 29, 2010

Batu Pahat Adventure

Target location : Pelican Hotel Batu Pahat
                        (Hotel yang selalu ada majlis kahwin time kitorang check in)
Purpose : Kenduri Kahwin Izzaq(Anak buah Walid) and Chitra Dewi
Date      :28 Nov 2010

27 Nov 2010
==========

10.00am -Walid check rumah kt Bangi (after Cleaning Services selesai kerja mencuci rumah baru)
3.00pm   - Tayar golek bergerak ke Batu Pahat
6.30pm   - Sampai kt Pelican Hotel Batu Pahat

                 Tak sangka sampai serentak dgn KakCik(mak) n Abg Zaki(abah) and anak2.KakNo(ibu) n Abg Husaini(ayah),Kakak,De,Yang,Abg Amin n anak2(Eiqmal,Eizmin) dah sampai awal lagi. Check in Hotel Room (Walid xcually regular customer dah, selalu sgt everytime outstation check in hotel ni,  siap boleh comment lagi.."Oh, hotel sudah tukar perabot, sudah ganti pintu, interior dah tukar..lol", (Whole 2nd Floor Relative pengantin lelaki) n Bilik pengantin lelaki yang paling hujung.
                  
7.00pm- Makan kt Restoran Bariani Power.

                    *Sedap sungguh sedap beriani dia. Marvelous. Ayam dia aje pedas sikit.*
the whole family makan until nasi beriani dia pun takde yang bawak balik dan dia pun boleh close kedai. seperiuk nasi beriani untuk hari tu HABIS !!

Phase 2- LEPAS MAKAN
 While the rest balik ke bilik hotel masing2, Ummi n Walid nak bawak Aqilah n Muadz jenjalan kt Batu Pahat Mall. Nice. tak ramai orang. Still new. While ground floor kedai dah penuh.


*dua beradik ni dalam troli-Aqilah hayun2 kaki cutenyer..:)*

 *rebit~Muadz kata*

  *Ferris Wheel~First in Batu Pahat kah?*

   *Dalam tu ada Walid ngan Muadz, Ummi Gondola lain*

   *Kids Store All item 50% all t-shirt RM 5 ..Wow!! Murahnyer*



 10.00pm -Balik semula ke bilik hotel room 206. Layan 2 beradik tu. sambil tgk tv. Lepas Solat Zzzzzz..

28 Nov 2010 -D Day

8.30am- Breakfast -Ummi Aqilah Walid.
              Muadz kepenatan dari semalam tido lagi tinggal kt bilik. Kakak2  dia tlg jaga.Ibu tolong bagi mandi.
9.00am- Upacara akad nikah 1st Floor jer...
              Pengantin sama cantik sama padan. Shahdu sikit time ni sebab ramai yang menitiskan airmata kesyukuran selesai upacara akad nikah. Seronok bila tgk adat menjual dan membalas pantun asal cakap je pantun asal cakap je pantun lagi..
*Tu Walid ngan Muadz, dengar Pak Imam bagi Khutbah Nikah*


11.am - Jamuan ringan


2.00pm- Rombongan pihak  pengantin lelaki masuk.
               Menunya Nasi beriani lagi. sedap jugak. tapi Beriani Power smalam lag sedap.Tarian Zapin dibawakan khas dari Parit Raja, Johor dipersembahkan khas utk pengantin dan  tetamu yang hadir.

                  Ummi,Walid,Ibu, Ayah nak balik awal..so kitorng makan dulu sementara budak2 yang comel2 tu menari ..lepas  menari Upacara tepung tawar pulak. Lepas tepung tawar, menari lagi (Ummi ngan Walid dah sudah makan, Muadz dah makan, Adik dah makan) Tgk tarian penutup sekejap sambil bersalam2 kedua2 belah keluarga.

2.30pm-Checkout.
             Tak sempat nak tunggu pun pengantin makan high table ngan potong kek. hehe..
            
Perjalanan balik mengantuk sangat byk sangat makan nasi beriani.


 *Muadz yang sangat berdisiplin dalam carseat dia~marah sangat kalau adik nak duduk*
*makan lollipop*

 *Aqilah tidur*

 *Dah jaga~sibuklah dia ni*
 *nak amik beg cenderamata org kawen*

 
6.30pm-Sampai kt Subang Perdana. Melawat orang baru.  *Suke suke..tgk bb*
8.30pm-Sudah sampai ke Rumahku, Syurgaku.

Summary
~seronok dengan keletah Muadz. Main Robust Twist/Nyanyi ngan Walid/~ 
~sepanjang berada di Batu Pahat Walid imbas semula apa kenangan manis kt Batu Pahat ni n tempat2 yang pernah pergi.

*Carrefour Batu Pahat
*The Summit Batu Pahat
*Sitam Sup (makan sup tepi jalan-masa ni Muadz pun tak keluar lagi.ntah ade ke tidak lagi tak sure :p)
*beriani jugak. tapi tak ingat restoran ape nama. Ummi teringin nak makan beriani (pregnant kah time ni?)kitorang patah balik (dah nak balik KL) makan beriani kt sini.

Kt Muar, Ayer Item and Kluang tu lokasi lain.. tapi terselit2 jugak cerita sebab tak tahu berlaku dimana.

*Beli moto muadz - lama Muadz pakai moto kecik ni. Puas hati pakai.
*Makan putu bambu - favourite Walid
*Sesat malam cari McDonald tapi da tutup. takde yang buka.huhuhu.KFC aje yang ade kot. Beli KFC.

Gambar pengantin n majlis perkahwinan Ummi tak ambik pulak. ish, mungkin pk tapi ramai cameraman bertauliah ngan tak bertauliah. So sooner or later gambar2 tu akan dapat jugak.  ~Smile~

Friday, November 26, 2010

Congratulations on New Born Baby- Suhaila & Aizat


Congratulations to Suhaila & Aizat for their new born baby. Its a boy weighted at 2.3 kg normal delivery at Hospital Sungai Buloh, Selangor. Delivery date 26 Nov 2006.

This is sure has been the greatest things ever happen for both them. Welcome to the World *name undisclosed yet* hehe..

Welcome to Motherhood and Fatherhood and Parenthood adventure sister.
I am willing to share thought and advice at ur convinient time. Anytime as u like as u will..
I am so happy for both of you.

Wednesday, November 24, 2010

Malam - Malam Muadz

Semenjak dua tiga malam kebelakangan ni,
Ummi ngan Walid perhatikan gerak geri Muadz,
Bila sampai masa hendak tidur tapi Muadz je tak nak tidur lagi,
Dalam bilik yang gelap itu, lampu semua sudah ditutup,
Muadz Buat Gerak Geri Solat (takbiratulihram-rukuk-sujud-berdiri tegak)
Muadz Berdoa kumat kamit tak dengar bunyi pun,
tengok ape aktiviti dia waktu siang hari, tapi malam tadi paling tak tahan,
dah sudah Mock Solat tu,
dia baring.
Nyanyi la pulak~~siap ngan gaya
~There was a hole~Muadz sebut -washome (gaya hole) dua tangan btkkan 'O'
~In the middle of the tree~Muadz sebut-mitee
~The prettiest hole~Muadz sebut hooo (gaya hole)
~That you ever could see~Muadz sebut seee (gaya melihat jauh tgn kanan atas sikit dari kening)
Ummi tahan gelak tapi takkan tegur-pretend to sleep.
Nyanyi lagi
Tahu lagu kalau gembira tepuk tangan? ??
Kalau rasa gembira tepuk tangan ~clap clap~ dia tepuk
Kalau rasa gembira hentak kaki ~stomp stomp~ gegar katil (Sabar Ummi almost reach limit dah ni)
Kalau rasa gembira kata hooray ~Hooorayy!!~ Ohh nooo
Walid marah, Ummi marah semua orang nak tidur.. rupanya Walid pun pretend jugak.

Anak Ummi ngan Walid ni..

Tuesday, November 23, 2010

Istana Bambu, Ampang

Entry tertangguh.

Event makan-makan.

Tanda kesyukuran rezeki Pak Yop bertambah.




Baby Aqilah comel sangat!!!!!

Monday, November 22, 2010

Rumah Idaman

Kalau tak tidaklah dikatakan 'Rumah Idaman'. Susah payah rupanya nak dapatkan 'Rumah IDAMAN' ni. Mmg banyak betul perkara tak diduga and sudden need of money dalam tempoh nak ubahsuai/masuk rumah idaman ni.Awal perancangan Ummi ngan Walid plan nak masuk rumah after renovation utk extend dapur/plaster syiling/grill selesai..tup tup Walid g DPA .so postponed 6 bulan nak masuk rumah baru.

Hikmahnya.. selain Ummi berpantang lepas lahir Aqilah kat kampung, (kalau tak kt rumah baru)...adelah duit terkumpul utk buat tabung rumah. itu yang cat rumah, rail langsir, kabinet (still searching for best price/best quality)..autogate..Ummi dah seramm jugak tgk duit yang keluar macam air.

Tetiba jiran sebelah rumah mengingatkan tentang aircond- katanya kalau siang mmg udara bagus angin kuat, tapi malam panas.Kalau pasang aircon lepas semua perabot masuk.. nanti habislah berhabuk perabot sebab kerja2 pemasangan aircond.ingat nak kiv aircond.Terus saja perancangan berubah. Aircond lagi penting dari kabinet..wah..budget budget..Sekarang aircond come into picture. Kene tambah lagi 4k minimum. Mmg banyaknyyer nak pakai duit ni.

So far renovation cost yang dah incurred:

a)setup wet kitchen/pecah dinding/table top/piping/rumah tong gas=8k
b)plaster syiling sampai dapur/3 dom/8 lampu/wiring = 7k
c)plug extension/tapak mesin basuh/pecah/tebuk dinding=2k

*utk kerja2 ni ada kontraktor yang quote 20k*

d) kos beli cat rumah dan barang2 mengecat=600,lampu philips=800,bulb=200,rail langsir=200

*pasang lampu kipas n cat -sendiri-jimat byk*

barang2 baru

=============

hod+hob+oven=2k++
2 set katil=3k++
sofa+tv+peti ais+master bedroom=existing.
langsir ncik dah sponsor kain tapi tak jadi langsir lagi.or Pakai yang sedia ada.
meja makan tak tahu lagi..makan atas lantai ajelah.

total sum >< anggaran kos 50k.byknyer.
semua ni pakai duit terkumpul hasil Ummi ngan Walid menabung.

wishlist(belom masuk budget)
===========================
-custom wardrobe (max 10k)
-custom kabinet (max 4k)
-autogate (1k++)
-custom gate (??)
-mpv baru (???)

Dengan semua kos yang telah terjadi di atas, Ummi ngn Walid nak kene pecah tabung lagi sekali. Ummi tak suka berhutang, kecuali apa yang patut-cam loan kereta,loan rumah..itu exception.
Arwah abah pun tak suka berhutang, masa arwah dah meninggal, dia takde pun bebankan anak2 ngan mak dgn hutang. Ade pun hutang kedai masa tu rm20 tuan kedai dah halalkan. Ummi kalau boleh tak nak susahkan orang n diri sendiri dgn hutang.
Cabaran nyer sekarang, nak masukkan 3-4 ketul aircon dalam kos n guna sebelum masuk rumah bulan 12 ni.bolehkah? atau kene ambik kira sumber kewangan yang ada?

Nak cut cost sekarang mungkin Ummi boleh consider cut out lunch budget (daily expense rm10..kt sini kedai mkn mahal2).Prepare bawak lunchbox and puasa. ok?

1 hari rm 10. 5 hari rm50, sebulan ade extra 200 kan? duit toll n minyak itu sudah fixed. Walid dah lama buat ni dah.Ummi jer..tu yang Walid kurus sangat sekarang ni.

~*An Apple a day makes the Doctor away*~ :)

In between however, ~To All money in the World,(no matter how much) they cannot buy our love and happiness and bond between Us and the Kids~It's the greatest gift ever by Our Creator'. Subhanallah.

Saturday, November 20, 2010

Leap

Leap,

Leap,

Leap,

I'm going to make a very big leap.

I'm waiting. just...a couple of day more...discuss and discuss again..

What can they offer.

Am i going to work with all the white?

Am I going to travel worldwide? Asian region? Europe countries? US? New Zealand Australia?

They have 60 sites worldwide. And an analyst need to travel.

I have not state my utmost concerned yet,

When Walid continued his Master studies,

When Walid has to go outstation again.

When I'll be leaving country for couple of weeks

When I have to work accordingly to the timezone

What will happen to the kids,


Can I achieve life and work balance?

Can the family survive ?

Are we (both Walid and I ) ready to sacrifice ?

Agree to this position means commit to travel 30% internationally.

What are you looking in life? What do you want? ~apa yang dikejar di dalam hidupmu~
I wanted the exposure and wanted to grow myself.
I wanted to be near to the person and family whom i love,that i cherish every moment when we are together.


I doubt myself that i'm ready..but Walid seems to have confidence in me.

I love him so much i'm afraid to leave him and the kids.

While the rest urge me to take the offer. Chances doesn't come often.

Being in this field itself means travel. but currently I commit myself to travel within Klang Valley only and bos agree to that.

And that is y my name is not listed during 2 yrs project in  Penang recently.

And also to Johor project, I stand strong to my decision not to travel since i bf my baby.

I cut a lot of offer for not willing to travel reason.

Even at the moment also, Walid will try to go on outstation during weekend only, trying to avoid weekdays.

And now..to the chances that rarely come in life..

~~~They are ranked by Forbes as one of the largest private companies in the United States and by Deloitte as one of the largest retailers in the world~~~

Take it or Leave it Take it or Leave it

~I hope and i hope and i hope...~

They are still interviewing other candidates as well but at least im shorlisted to 3rd interview which is the final intervew means chances of getting hired is high.

Just perform and later on think.
Allah know what is the best for me and for the whole family.

I've seen a friend who work in HP, she also travel to US often and she has 4 kids.. really strong and tough woman. I adore her in silence.
I've seen a friend who is now working in WHO, a mother to 3 kids.. looking forward to a place in Dubai to migrate..and bring family with her also.. and i also adore her in silence. She is my idol. She is very clever to land in a job that require less travelling but the money is goooood..she even can work from home.

I am not workaholic and I am just like other ordinary working mother.trying to achieve balance in everything.I felt balance to my life right now to the current job that im working just sometimes i cannot avoid the stress.

I've been considering working at home instead/ or working from home but Walid does not agree to that decision. he said.. Its not the time yet.

To this fisrt flagship implementation has completed (australia,south africa, se asia). Next flagship is Europe.

Did Germany in the list ? haha..Kak Arifah.. We (Walid,Ummi,Aqilah,Muadz) will come and visit you and family. InsyaAllah. If Allah will and if only I take the offer.

Friday, November 19, 2010

Marah ? Sayang?

Muadz sudah semakin bijak, everytime kalau nampak muka Ummi ngan Walid lain sikit..dia akan tanya.

"Ummi marah?"
Ummi : tak....
"Ummi sayang?"
Ummi: yer...Ummi sayang.
Muadz: "Ummi tak marah,Ummi sayang"
 
"Walid marah?"
Walid : tak....
"Walid sayang?"
Walid: yer...Ummi sayang.
Muadz: "Walid tak marah,Walid sayang"

Klakar sangat kalau usik dia mmg time dia tengah marah or merajuk.


"Muadz marah?"
Muadz : Muadz maaarrrraaahhhh..

"Muadz sayang?"
Muadz : Muadz tak sayang.
~nangis~



"Taknak kawan Ummi lah.."
"Taknak kawan Walid lah"

Muadz sudah lebih berdikari.

Bukak baju kemudian pandai sangat letak sendiri baju atas mesin basuh @ dalam tempat kain untuk dibasuh.
Bukak pampers sendiri dan buang dalam bakul sampah.
Ambil cawan sendiri untuk minum air.. (ni tak boleh lambat, kalau lambat dia bukak peti nak tuang sendiri)

Sekarang dalam proses nak pakai baju dan seluar sendiri..dah pandai sangat pilih baju mana nak pakai baju mana tak nak pakai. ~klakar sangat nak pakai seluar tapi masuk ikut kepala.. hahaha~

Dah pandai tanya~

Who's that?

What's that?

Tapi Ummi rasa dia tak paham lagi ape maksud ni..

Raja Haji 2010

Balik Raya haji kali ni jalan sesak teruk. Dari pukul 8.30 malam keluar rumah sampai Taiping kul 2 pagi.(very long and tedious journey) Katanya ada tanah runtuh dekat area terowong manora tu. itu sebab satu terowong ditutup dan contra lane dibuka.ditambah dengan hujan lebat di beberapa tempat sepanjang perjalanan Puchong ke Taiping.

Apa yang gembira sepanjang perjalanan balik kali ni mulut Muadz tak renti bercakap.. chot chet chot chet prot pret prot pret.. lawan cakap ngan Walid dia. Sampai Walid pun tersalah simpang melayan si Muadz ni bercakap. Even Ummi tertidur pun Muadz tak berhenti lagi bercakap..geli hati Ummi ngan Walid tengokkan gelagat Muadz.

Muadz da jadi co-pilot, mestila temankan Walid nanti Walid mengantuk. Bila Muadz da tidor..Walid pun da tak tahan mengantuk Ummi take over plak dari Bukit Gantang drive sampaila depan pintu rumah opah. 

Ada 9 ekor lembu tumbang raya kali ni, tahun ni Ummi ngn Walid ambil kesempatan utk laksanakan Aqiqah untuk Aqilah. Terlaksana sudah tanggunjawab. Dalam pada tu, ade pulak insiden orang kene tanduk lembu. Ikutkan kata Ncik, belum pernah lagi jadi. Lembu yang sama jugak hampir cederakan seorang lagi penduduk. Jadi ada 2 kemalangan melibatkan lembu yang sama ni.

Itulah serba sedikit cerita AidilAdha 2010 ni.

Tuesday, November 16, 2010

I'm Impressed!

1. Muadz now can say thank you ! sebelum ni tima seh sekarang ‘Thank you’ and the pronunciation is very clear.


Lepas Ummi susu untuk Muadz.. Muadz say Thank You, Ummi.

Ummi say–You’re Welcome.



Lepas Walid ambilkan mainan untuk Muadz..Muadz say Thank You Walid

Walid say – You’re Welcome



Ummi Tanya Walid.. mana Muadz belajar? sebab Ummi takde ajar..Walid cakap..Walid pun takde ajar..Mana Muadz belajar?



Walid buat conclusion… ini mesti dari Barney and Friends.



2. Muadz sebelum makan akan angkat tangan n baca doa..mulut kumat kamit tapi takde dengar bunyi. hehhe..suke tengok gelagat dia.



Adik pulak.. kaki dah kuat. Dah luas tempat dah dia meniti dari satu kerusi ke satu kerusi.
Adik pun dah ligat nak memanjat sana sini. Dah boleh balancekan dah badan dia…agak2 masuk 9 month adik boleh jalan tak? dua tiga langkat pun oklah.. hehe.

Monday, November 15, 2010

Lavender

Di kalangan kawan2 Ummi mmg diorang tahu Ummi ni peminat Lavender-baik its flower, its smells and its colour. hehehe..all of it. Sejak tingkatan 1 lagi Ummi dah very fond of Lavender. The most crazy thing Ummi pernah buat at that time is to wear all in Lavender. sampaikan tudung tempah special buat lavender in colour. And even to my friend Ummi cakap besar nanti nak cat rumah colour Lavender..

Dulu-dulu kawan2 kenal Umminyer tagline ~Princess Lavender~ hahhahaa.. lol. Zaman kanak-kanak riang.

Hmm..even now.. Ummi still very fond of Lavender.. dengan ~Hijau Pucuk Pisang/Hijau Epal~ hahaha..bukan Hijau Katak Pisang.

Bila sekarang minat ni sama ngan Walid.. [tengok rumah jadik warna apa] ..contrasting Purple/Contrasting Green.


hehe.actually colour differs from the picture sebab tgk effect pada cahaya...ni gambar tak abis cat pun..




Lagi satu impian tak tahu kesampaian atau idak.

Ummi pernah dicabar oleh seorang fasilitator kt Telekom(Taiping) dulu.masa ni umo 16thn..Ummi tanya dia.. Kenapa orang tanam pokok mempelam dekat depan rumah? Kebetulan deretan rumah kat situ semua ada tanam pokok mempelam berjenis2.

Dia jawab: Kalau nak tahu kenapa orang tanam pokok mempelam depan rumah besar nanti ada rumah tanamlah sendiri!

Ummi tersenyap.. dan semenjak tu berazam nak tanam pokok mempelam depan rumah (kenapa tak pokok jambu ker,betik ker, kelapa ker)

Dekat rumah ncik ade pokok mempelam harum manis.. sedapnyer...berguna sangat kalau dah sampai mengidam nak makan tu(pregnant that time)..grab saje.. tapi kene la tunngu musim pulak.

Tapi nak buat macam mana yer... rumah sekarang depan semua dah simen.. nak buat mini garden pun ....ke.. mini kolam ker.. aish.. tanya Walid lah.Camner nak bela ikan koi ni.

~Smile~

Wednesday, November 3, 2010

Getting Ready

From the other half,

It has been very BUSY week for Walid.
  • Selecting the paint colour, as we go to living depot opening sale at Bandar Baru Bangi and bought 4 pail of 5 litre Dulux paint and 2 tin of 1 litre paint. This one also has cost us almost MYR500.
  • At night, Packing and tiding up the room, reaarrange, scheduling,planning, kemas kemas here and there.Put all item into boxes big and small.This is ongoing since last few weeks.
  • The next week after that Went to Philips Warehouse sale again and so tempted to buy the LCD screen TV but decided not to as Walid has already spend almost MYR800 to buy Philips lamp.The energy saver..NOT forgotten USB DVD player special for Muadz.
  • Next, painting the kitchen and living room wall and its Walid alone. One man show. Walid and Bancik also has successfully put in the lamp and the fan at living room and kitchen and bathroom. Untungnya boleh jimat pasang sendiri kalau tak sape nak bayar satu lampu kos pasang rm30?

We have decided not to change the original gate first and also not to go for auto-gate at the time being.

While Ummi take care of our son and daughter back home. Ummi Can't afford to help Walid as later "anak-anak tak ada orang jaga".

Ummi so thankful to Walid for all the effort that he put in the process of moving out.

Walid take leave purposely to settle mengecat rumah, but tak cukup strength utk mengecat so come this Friday - Deepavali Ummi will help him. The kids, will let Opah become the custodian.