Friday, October 16, 2009

Berdikari ? Berdikari Kah?

Rasanya depends on prinsip hidup masing2. y the word berdikari... for everything yang Ummi kene buat sendiri tanpa bantuan orang atau mengharap pada orang (even though to Walid sendiri) term berdikari akan muncul.I dont want to rely on him either. I have learnt and seen this. Bergantung kepada situasi dan keadaan waktu itu yang penting jiwa mestilah kental.~For your own good~
 
Adakah kita concern ..."dia tak boleh diharap " atau "saya tak mahu susahkan dia" atau "Dia : Jangan susahkan hidup aku" atau "Jangan susahkan hidup orang lain" atau "Dont take anything for granted" atau macam2 alasan lain.
 
Ummi on the other hand sudah biasa every month ditinggalkan berseorangan dgn baby. Either Walid pergi OUTSTATION atau KURSUS.Depends. So, whenever i go whatever i do during this time mmgla dgn Mu'adz.Mmg nasib baik sgt nak pergi jalan2 tak susah sebab Mu'adz ni duk dlm carseat tu sgt berdisiplin. Enjin dah benti barula dia nak bangun. Agak mudah dibawa berjalan. Unless dia da tak selesa@lapar.. then barula berhenti.
 
In any situation that Ummi berseorangan, of course.. keselamatan yang paling utama.Ummi mmg kadang2 lalai sikit. (kalau tak takkan notebook get stolen). Just be extra careful saje.
 
Walid dah byk kali warn. Dia nanti akan pergi kursus DPA 6 bulan kt Intan. tak tau mana satu location lagi. TGH,UTARA,TIMUR,SELATAN? selatan tu Johor ler. TGH KL kt Kiara tu. Masa ni expected Ummi dah pun deliver. Tak nak pk skarang sebab takde plan lagi untuk ni. Cuma ~bayangkan aje la Baby 2 bulan Ummi da kene pergi kerja. Sakit demam dia semua Ummi sorang2 ajer.Belum kira sakit demam Ummi lagi ~
 
Pernah Ummi bwk Mu'adz pergi hospital tgh2 mlm buta. pukul 1 pagi sebab demam Mu'adz tetiba naik mendadak. 3 mlm berturut2 Ummi tak tidur tgk Mu'adz. Bimbang kene sawan. Walid dekat Johor masa tu. Tawakkal aje redah mlm. Walid pun tgh kursus tak dapat nak focus pun susah jugak. Dia pun bimbang jugak.
 
Untuk situasi2 macam ni beruntungnyer kalau dapat perhatian dari org yang tersayang. Ringan sikit beban sakit pun cepat sihat. :) Persekitaran sihat hidup ceria keluarga bahagia.
 
Cuma nasihat Ummi kat sini, bersedialah untuk masa2 susah, mentally,pysically,financially. and Have faith in Allah...
 
 



Tuesday, October 13, 2009

Bagaimana orang lain lebih berjaya?

Ini bukan penulisan ilmiah sekadar pandangan peribadi dan terfikir akan diri
sendiri.

Semua orang ada 24 jam, tapi kenapa dan mengapa seorang lebih berjaya dari
seorang yang lain?
mungkin istilah berjaya tu sendiri terlalu subjektif. Bagaimana kejayaan
diukur? Dr segi pencapaian?
Itu yang selalu Walid cakap? how these people can be successful. masa semua
ada sama. Kurang tidur kah dia?

Ikutkan keadaan Walid, mmg sekarang tgh sambung Master dan mmg sibuk dgn
urusan kerja. Banding kan juga dgn Kak ipar sendiri. 3 orang mereka. Kak
Arifah da na sambung Phd bulan 11 ni fly ke Germany (anak 5), Kak Sofiah..
kak ipar yang sulong skali.. da pun Prof Madya (anak 4 -anak yang sulong
beza setahun aje ngan ummi. dia kene panggil ummi Maksu.eehee ).. Kak Sha..
mungkin belum rezeki utk continue medic kt UK. sebab pregnant dulu stop
study, ummi? aiyoh.. byk kali jugak ncik cakap suruh ummi sambung blajar.
tapi ummi cakap kt ncik .. bagi abg lah dulu. dia tak abis Master lagi,
Walid pun cakap kalau dua2 sambung study. rumahtangga macam mana? Mmg byk
pengorbanan masing2 terutama utk keluarga. Apakah peranan suami di sini?
Suami pun byk membantu. Bagi dorongan. turut sama berkorban. Untuk kehidupan
keluarga yang lebih baik.


rezeki,ajal maut,jodoh. mmg sudah ketentuan yang Esa.pandangan
Ummi.berusahalah.jgn malas2.beribadahlah seolah2 akan mati
keesokannya.janganlah kerap bazirkan masa.jgnlah kerap lengahkan
kerja.Pesan utk diri sendiri ni.

Tuesday, October 6, 2009

Kue teow Doli

Taiping-Raya baru2 ni~Ummi mengidam nak makan Kue Tiaw Doli. Betul2 mengidam hari2 cakap. Kene plak mendigam time ari raya kedua. Kedai dia tutup lahh.... 2 hari turut2 round kedai dia tu. mmg tutup. Walid cakap pun Ummi tak percaya kedai dia tutup dia tak berniaga lagi. Naik ari ketiga. Kecur air liur nakkan Kue Tiaw Doli. Operation Hour dia 12tgh ari-kul bape ntah tak ingat. Disebabkan tutup lagi ptg nanti Walid janji bwk Ummi keluar balik.


Ptg kul 5 keluar-Sungguh bernasib baik, dia bukak. Terlalu ramai orang pulak. kene queue utk dapatkan tempat duduk. ingat nak tapau ajer. kene org yang amik order tu cakap tapau lagi lama. sebab dia utamakan yg makan sini dulu. Makan sini la camtu.

Wah.. masih lagi mak Doli tu yang masak. Dia jugak yang collect payment. Kue Tiaw special RM8.00 biasa RM 3.50.sepinggan nak tunggu sejam uuuuuhuhu..

Nasib tak bawa Mu'adz skali. tidak ker meragam budak tu. Walid pun tak tahan tapi sebab ingat Ummi sabar ajer.Ramai sgt org dan dia masak guna api perlahan. Nak jaga resepi mak doli tu masak.kadang2 pak doli. Tak tau yg di TTDI ni sape tukang masak. Adakah masih asli rasanya mcm yg kt Tepeng? tak tau la.

Lepas sudah rasa mengidam tu. Balik tu buat post mortem. apsal nak tunggu Kue Tiaw sepinggan ~sejam ambik masa. kalau order selain Kue Tiaw mmg laju.

1.Mak Doli sahaja yang authorize to masak
2.Mak Doli dah agak berumur ~agk2 hampir 50 thn atau lebih. jadi pergerakan agak slow.
3.Mak Doli jugak yang collect payment.
4.Payment Calculation manual~ isi duit dalam tin n pakai calculator. takde Cash Register/Deposit Machine tu.
5.Sambil dia kira, Kue Tiaw yang dia masak tu.. perlahan kan lagi apinya (entah order sape la tu)
6.Sekali masak untuk 2-3 atau 4 max (agak2) pinggan Kue Tiaw, dia tak masak byk2. nasib aje bukan satu order sekali masak.

macam tulah. Kalau tanya orang Tepeng sendiri. diorang mmg dah maklum mende ni. tapi sebab nakkan jugak. Sempat pulak Walid pesan. Lepas ni jgn mengidam Kue Tiaw Doli lagi tau.

OKLAH.

Monday, October 5, 2009

Planned Holiday Cuti Cuti Malaysia

Ummie syiok sangat sebab this time leh ikut Walid g outstation. Sbelum ni pun ade ikut jugak tapi this time special sikit sebab Walid is also planning to have a sweet romantic holiday, i guess. Plan to go here, go there. Dekat Melaka tu cakap na pergi A Famosa lah, Eye On Malaysia (i (eye) om) la.End up satu tempat ajer pergi. Makan Assam Pedas Claypot kt Jln Kota Laksamana kot. tak ingat. Nasib baik JOnker Walk tu da pernah pergi da, beli mainan Muadz n Beg Ummi n Walid nyer mainan yang besi2 kene ceraikan besi tu. tak ingat ape name lah.
Stay for One Night kt Malacca Straits Hotel, syok nyer. tapi Ummi tak ade tangkap gambar la. Environment dia bagus.Byk kemudahan ada. Hotel ni bercirikan Batik. so anywhere see nampak Batik aje. Spacious. Luas senang Muadz nak lari sana sini. Morning tu mmg plan nak pergi ke iOM tapi hujan tak jadi la. So teruskan perjalanan ke Kluang.
Next Stop Kluang cam biasa singgah kt Ayer Itam,sini mmg tempat borong2 barang2 perkahwinan,Hiasan rumah, Permainan leh bargain dapat arga murah2. Last time borong tikar Rumah 3, pasu Ummi,Bunga Ummi M-16 Walid, kereta Kebal Walid.Barney Muadz, wah byk jugak. tapi kali ni.. Helikopter remote control, (Mainan Walid jugak)...n tricycle Muadz. Ummi? ..takrak. Beli Otak-Otak Kempas, Putu Buluh sedapppp.. :)
Dulu Walid cakap dia ade pernah makan kt Original Kluang Railway Cafe. tapi that morning dia tutup.
Check in dekat Muar Traders Hotel.Deluxe Room. hehe..Muadz leh main beskal dia tu.. mmg dr ptg sampai mlm before went out for dinner tak leti2 main tu aje.This time tak dapat pergi Tanjung Emas sebab ujan jugak. so.. pergi la kt Giant Muar sana. On da way dah lapar tu.. boleh pulak mata tajam Walid ni nampak "Kedai Permainan Kanak-Kanak-Wholesale n retail". hahaha.. Ummi dah lapar,Walid nak jugak singgah. takut kedai tutup. Besar nyer 3 tingkat laa.. kereta mainan besar2. bestnyer.. teruja jugak. tgk kereta mainan harga 2k. sgt besar 2 org budk 5-6 thn bole duduk. -Pergi kedai tu..survey2 ajer.. tak beli lah. At least bole agak2 harga kalau nak bli kereta/moto bateri ni.
Pusing2 cari kedai makan kt Muar aleh2 tak lapar dah.. singgaj tapau nasik ayam n bubur nasik ajer kt tepi stesen bas tu. Then balik hotel balik. Walid pun nak kene wat assignment.
Next morning, after breakfast Walid meeting kt tempat biasa. Ummi stay ngan Muadz kt hotel. around 11 dah siap packing semua skali Walid come back n we go makan again. perut da kenyang breakfast kat Hotel tu. Pi makan mee bandung Muar. Abu Bakar Hanipah. ini mmg tak pernah miss la. everytime turun Muar tempt ni jugak carik. Hmm... makan ngan Datok n Datin, tapi diorang ni mmg very sempoi la. Bole ker Datin tu tak nak org panggil dia datin. then kitorang makan kt kedai kaki lima aje..tapi mungkin jugak sebab dah kenal before dia jadik datin. tapi kekok sikit lah, ber aku ngkau ajer.Awak saya Apolah. kita lak yang segan. Oh, lagi satu... datin ni dicalonkan utk pengerusi persatuan datin2 ni. Tak terpanggil datin.panggil kak ajer. erk. Walid pun.. masa mula2 ajer dengar sebut Dato., last2 en Rahim. ehehehe, diorang bagusla.
Oklah. Habis cerita. On da way balik sempat berlumba ngan satu viva ni. bwk melelong la. on handsfree pun. tapi ralit sgt berborak bwk kereta masuk lane org.
Turun Bangi jap g umah kakcik kt seksyen 8. Nyah ade datang. Pak Nyah dapt anugerah ape ntah AMN? PPT? AMT..haha.. tak tau lah. kalau org dah active ni byk pangkat org nak bagi.. kot2 jadik perwakilan. ADUN ker.. hmm... tak nak la story panjang2. Ok. Ummi stop sini dulu. 
Adik Muadz-Abdullah 12/10 ni 5 mingguu.sgt pandai meragam n pandai main golf. sekejap sana skejap sini.   tendang sana tendang sini. tak tau lagi ape jantina. hopefully next check up boleh tahu. Salamzz.......