Friday, October 29, 2010

Ibu Mithali, Isteri Sejati

Siapakah dia Ibu Mithali? Isteri Sejati?
Dapatkah kita menjadi dalam golongan Ibu Mithali Isteri Sejati ini?
Mari sama-sama renungkan analisa yang telah dibuat oleh seorang pakar motivasi terkenal tanahair dan sama-sama kita mengorak langkah berusaha ke arah menjadi Ibu Mithali Isteri Sejati.
In blue is my comment

Oleh : Dr. Fadzilah Kamsah (Pakar Motivasi)
Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :
  1. Berdoa memohon keredhaan Allah
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
  3. Membersihkan hati dan pemikiran
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif
  5. Mendidik diri sendiri
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
  7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
  8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
  9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
  10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  11. Muhasabah diri
Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja(*InsyaAllah semua sekali). Jika anda telah berjaya, anda patut bangga, namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.
 
Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-
  1. Positif Terhadap Perubahan
  2. Positif Terhadap Diri Sendiri
  3. Positif Terhadap Kepimpinan
  4. Positif Terhadap Masalah
  5. Positif Terhadap Orang Lain
  6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
  7. Positif Terhadap Idea Kreatif
  8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
  9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar
~Apa Key Word dekat sini? Positif, yes. Postive towards every aspect of life leads to positive environment as well,Saya berubah menjadi positif dan persekitaran turut berubah bersama saya.

Antara petua untuk menjadi ibu mithali :
  1. Analisis diri daripada pandangan anak
  2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
  3. Bercakap benar
  4. Kotakan kata-kata
  5. Didik anak mengenai kemahiran sosial
  6. Gunakan masa jitu untuk mengajar
  7. Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
  8. Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
  9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
  10. Melatih anak berfikir
  11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
  12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
  13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
  14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
  15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
  16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.
~petua petua yang harus sentiasa diamalkan, alah bisa tegal biasa.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :
  1. Pendidik keluarga
  2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
  3. Penasihat
  4. Doktor dan jururawat
  5. Mendisiplinkan anak-anak
  6. Kawan atau sahabat
  7. Penyelesai masalah
  8. Merangsang perkembangan mental anak-anak
  9. Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
  10. Model pada anak-anak
  11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
  12. Mengawal ekonomi rumah tangga
  13. Menjaga harta suami dan keluarga
~Apa yang dapat from the listing above? Ibu is also a teacher,vice president,consultant, Doctor,nurse,Cikgu disiplin,Kaunselor,model,Perancang ERT, bendahari? (treasurer?) ha..banyak nyer kerja yang dilakukan oleh ibu ni . do tell me. If there is any work harder than all this.

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-
  1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri **this is interesting
  2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak **berebut nak tgk tv kadang tu
  3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak **must learn to take up this
  4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak **yes
  5. Mendidik anak berdikari **agree, boleh start bagi assignment
  6. Mempunyai nilai diri tinggi ** :)
  7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak **yes.say sorry
  8. Bertindak secara jamaah **makan berjemaah,solat berjamaah, lakukan aktiviti sama-sama
  9. Mengorbankan kepentingan peribadi **:)
  10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan ** :) focus
  11. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan. **InsyaAllah
  12. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga. **Semoga Allah makbulkan
Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi ibu mithali, isteri sejati. *Amin

No comments: