Thursday, October 14, 2010

Dapatkah aku menjadi Ketua Bidadari itu?

Except from Email

Mukhaddimah:
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Wanita yang beriman kepada Allah dan RAsulnya boleh memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki. Cukup dengan empat syarat : menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan RAmadhan, taat kepada suami dan menjaga kehormatan;

Sabda Rasulullah :"Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki." (Hadits Riwayat Thabrani)*~


~In my own word,as per my understanding~

Bidadari di dalam syurga sentiasa muda,
Bidadari di dalam syurga sentiasa membahagiakan suaminya
Bidadari di dalam syurga sentiasa berkehendakkan suaminya ~refer to surah Al-Waqiah tak ingat ayat berapa~
Bidadari ni peneman suaminya yang soleh.
Dan Ketua bidadari -bidadari ini adalah isteri suami yang soleh itu. Jika dia adalah isteri yang solehah.

Tertanya-tanya pada diri, dalam masa hidup yang singkat ini, sementara masih ada dia seorang suami, sementara dapat beramal kepada en suami dan kepada Allah,dapatkah amalan2 diterima dan layakkah sampai ke syurga untuk menjadi Ketua Bidadari itu?

Seriusly sangat jealous kepada bidadari bidadari yang lain tu sebab dapat temankan en suami tetapi andaikata terpilih menjadi Ketua Bidadari, tak jealous dah.

Dapatkan kita semua menjadi golongan yang kanan itu dan juga tergolong dalam golongan insan insan yang bertaqwa.

Suami dan Isteri Bercintalah kita sampai ke Syurga. En Suami-Dia jodohku di dunia dan akhirat.

Susahkah untuk menjadi Isteri Solehah itu?

Ummi merasakan ya. Besar sungguh hak suami tak tertanggung.Taat kepadanya bukan kerana dia lelaki, tetapi kerana dia adalah ketua rumahtangga. Tanggungjawab yang dipikulnya lebih besar dalam membentuk anak-anak dan isterinya menjadi anak yang soleh dan solehah serta isteri yang solehah.



No comments: