Showing posts with label WalidAkhir. Show all posts
Showing posts with label WalidAkhir. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Kejutan dari Walid

Walid beli kt Ummi set Spa di rumah lah.........
(Walid pun boleh  guna juga)
"Abang pun tak tahu kenapa abg beli ni"
"Err..."
Ummi pun tak tahu ade product ni
bila dah google2 barulah jumpa


Menarik. Feedback yang memberansangkan.





Bestnyer....Terima Kasih Walid.

Dalam pada tu, malam tadi Ummi ade cakap nak upgrade/flash/format/flush S2 Walid.
Sebabnya, S2 tu.. korean version. (Kastam)
Nak convert Korean tu kepada International version
dari model SHW-M250S/K kepada GT-I9100 .
Together upgrade firmware to Ice Cream Sandwich (android v. 4.0.3)


"abg dah beli set spa tu,
    kasik transform jadik S3"

Erk..pulok.. haha.
Nah.
Ummi tryla
based on based on post kat forum and userguide
also help from a friend yang dah berjaya transform

Punyala dia punya download mode bahasa korea,
aarrhh...
buat dono je.
anggap mcm English.
haha.



Follow tutorial
download Odin and latest ICS official Firmware,
akhirnya..
PASS!PASS!PASS!

.
.

Sebelum ni dia adalah SHW-M250S/K (android Gingerbread)
sekarang sudah transform hehehe..
da takde da TV korea tu.ehhe


Interface semua sudah tukar.
browsing internet laju berdesup2
(ICS features ade power browsing patutla..)
Ok. Walid.
Ice Cream Sandwich
Hmm..cam sedap lak. 

Wednesday, September 19, 2012

RUMIT RUMMET

oH, oKLA Lalalala...
Rumit  is Because today Is Harijadi Walid tapi Ummi tak dapat bagi apa2 pun.

(err.. pencuci muka  :) acceptable tak? nanti barula hensem. tak cuci muka tak hensem)
That day ade bagi deodorant AXE (bidadaari ade jatuh dari langit tak Walid??)

Nak ice cream cake dah dapat da...cake
Ummi ingat nak bagi kasut Fitflop tu..tapi takde size lak,
Worst, Walid outstation daa...
Boleh wish aje.
Tunggu RUMMET balik laaa....
Lagi 2 hari.
(2 hari should come out with something right? hehe...most is makan2 dekat Secret RecIpE..)
Or tunggu hari Sabtu g Jalan2.
aa... :)

Tuesday, August 7, 2012

Starbuck and Baskin Robin 31 July 2012

Ini cerita yang dah lepas.
Lepas berbuka
Walid nak hantar Bab 1 Tesis Walid
Kt UM

Teringin pulak nak minum Starbuck.
Lama dah Walid cari ni
(bukan ummi yer)
Waktu tu dah pukul 10,
anak2 tertidur dalam kereta
Usaha Ummi google cari mana ade outlet paling dekat
Hasilnya..dekat Bangsar Village tu.
dah agak, tempat2 camtu takdenyer nak tutup awal
Kalau tempat lain mmg dah suspek tutup dah..almost 11 pun
Berdekatan ade pulak Baskin Robin nyer outlet.
Haii...
Lepas dapat Kopi.
Nak Aiskrim pulak
(bukan Ummi yer..Walid tu)
Ini sudah lebih dari orang pregnant ni.
Beli satu bucket kecik.
Syiok. sebab time tu 31% discount.
Candy Floss , Mint ape ntah.

Candy Floss tu Muadz yang pilih.

Layannn......

Hmm... Baskin robin cakap nak bagi aiskrim free kalau DLCW menang dapat GOLD
and.....I heard this morning. 4.8.2012. walaupun tak dapat GOLD, this deal is ON!! yay.

Friday, June 8, 2012

Hidup mesti terus : Kelisa Top Overhaul

Dear Lovely Kelisa,

You has been loyal to me (as i also been loyal to you :)  ),
It is almost 6 years that we have been together,
Since wira aeroback - RIP,
You have double the hardship and the effort to serve us both, (me and husband),
Weekly travelling to Johor,Penang,Melaka, Seremban,
You did your best
And we did our best to take care of you.

....................

Oh tak tahan dah.
Let's go straigth to the point,
Last wednesday,
Ummi tersadai kt East-West Link (sebelah hentian seputeh)
due to Kelisa nyer Temprature naik sampai HOT HOT VERY HOT
Nasib Ummi ditemankan dgn Shaz, Kawan satu Office. Lucky
Kalau sensorang hadapi enjin kete berasap sapa tak susah hati

Call Walid-Walid cakap nak datang lepas amik anak2 dari taska,
Shaz call hubby
Tak lama kemudian hubby Shaz datang
Chit Chat for a while,
Knowing what to do..
Waited from 6.00 pm  to 6.30 pm untuk enjin cool down, tambah air. kering terus radiator,
Tunggu Walid and anak2 . arrive around 7.00pm
Masa tu Alhamdulillah semua dah selesai,
Shaz balik ngn hubby. Thank you Shaz + Hubby for helping out.

Walid drive Kelisa, anak2 semua mau ikut Walid. huhu
Ummi bwk Wish tu,
All arrive safely to Bangi,
Kelisa tu terus send to w/shop dekat area rumah tu ..Tayaria- sbelah RedWok.

Check sana Check sini
likely ...
change the top set gasket,
water pump pipe,
oil sump gasket,
engine oil,
pipes,
radiator fan,
change timing belt
and other services lah tu yang ummi tau lagi lagi tak tahu nanti tgk receipt la
Walid cakap costs around RM1400.

Perghhhhhhhhh..........macam ni eh rege kalau dah kene top overhaul.

Huhu~~ In the end, Ummi terpaksa jugak keluarkan duit simpanan Ummi
Untukmu Kelisa. (pasal duit dah abis beli perabot--sape suruh beli)

Redha.
Dalam masa yang sama, Alhamdulillah, refund LHDN dah debited.
Cukupla duit tuk tol.minyak,parking, makan nasi lemak untul sebulan ni.

Thursday, May 19, 2011

Tolong sampaikan pada si dia

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan untuk si dia,
Tolong beritahu si dia, cinta yang agung adalah cinta-Nya,
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa,
Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa,
Tolong nasihati dia, jangan mengingatku melebihi dari dia mengingati Yang Maha Kuasa,
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku melebihi doa dia kepada ibu bapanya.
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya,
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa,
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta,
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya,
Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia.
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya,
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya,
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa,
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga,
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.
Tolong sabarkan si dia, andai diri enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta,
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya,
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya,
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi puncak kegagalannya,
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya,
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu membuat dia terlena.
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya,
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku,
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya,
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa,
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.

Source : google
Credit to Unknown 

Monday, May 16, 2011

Cerita Cinta Saya - Versi Saya Sendiri Part 2

Saya cuma betul betul kenal dia sewaktu saya di semester 4-5,
It just fate that brought us together.
(Sebab waktu sebelum tu,
 mmg saya ~in relationship~
dia juga begitu ~in relationship~ juga.

Sehingga satu waktu, masing2 not ~in relationship~ juga.
Ambil masa yang lama untuk saya bangkit dari kesedihan itu,
*Al-Fatihah untuk arwah abah
dan tumpukan sepenuh (segigihnya) perhatian untuk habiskan degree saya tu
*syukur dapat dean list
*syukur dapat Anugerah Naib Canselor

Saya dan dia cuma kawan satu kolej, satu kompeni waktu tu.
Bila saya tahu dia adalah senior sekolah,
Saya beritahu,
Dulu2-saya suka sgt tgk ade sorang senior ni,
Dia pakai tie cartoon,
Dia mengaku, itu adalah dia.
Oh NO!,
Saya tak boleh terima,
Kalau itu dia,
Kenapa saya tak kenal?
kenapa saya tak cam langsung.
Lain sangat,
Possible dulu rambut panjang sekarang rambut pendek sgt2 kot.
Sebabkan saya ni tak percaya,
Nah, ini buktinya.










Oh No!
Sungguh ku tak percaya!
Tak masuk akal
Dia ke orang yang saya selalu dok usha tu?
Takkan dia kot?
Dia ker?

Bukti da ade.
Apakah ini suratan atau kebetulan?

We were never a couple until saya grad, dia grad.
masing2 grad.
:)


31 Aug 2004 yang sgt romantik

"Sudikah ida menjadi kekasih abg?"
"Sudi"

Menggeletar badan rasa nak pecah!

Soalan yang sama

"Sudikah Ida menjadi isteri abg?"
.........balik pk dulu.....
haha.
Soalan tu tak takut,
Soalan ni takut.

"Dah bersedia?"

19 May 2011 ni genap 4 thn usia perkahwinan kami.
:)
Alhamdulillah.

Wednesday, May 11, 2011

Cerita Cinta Saya - Versi Saya Sendiri Part 1

Location : Maresmabp 98/99
 
Saya tak pernah kenal dia.
Saya gembira hidup seperti saya.
Kegemaran saya bermain hoki di padang tiap2 hari jam 5ptg.
(Kadang2 saya main softball)
Mana tak nya, saya captain pasukan.
Saya sibuk dgn urusan saya sendiri dan dunia saya sendiri.
 
Tapi............
Saya kerap memerhati dia.
Dia pun kerap lawan mata dgn saya.
Saya geram.
Saya lawan balik.
Dan kami tidak pernah berkata sepatah apa pun tika terjumpa.
 
Saya kerap perhatikan dia.
Tali leher yang dipakai olehnya itu menjadi pujaan ramai gadis seantara maresmabp ni.
Saya tak pernah kenal dia.
Tali leher itu yang saya perhatikan.
Bila tali leher itu dipakai orang lain..(huh biasala duk asrama pinjam2 neh)
Saya jadi pengekor orang yang memakai tali leher itu pula.
Jadi saya tak pernah kenal dia.
Klakar pulak saya ni.
 
Selalu saya terserempak dgn tali leher itu
di library.
kadang di medan kit,
kadang di dewan selera.
Tali leher itu~ade muka tweety besoooo, kaler kuning.
Ade satu je tali leher yang macam itu pada ketika dan zaman itu.
Saya tak pernah tahu siapa pemilik tali leher itu.
Dan saya tak pernah peduli.
Saya admire pada Tweety muka bulat sayap kecik ituuuuwwwww....

Best Deal Ever Kot??

First time beli pun.
Account?
using my other friend's account, tumpang k.
Deal is on! Ummi purchase through everyday.com beli yang ini
61% off 5 Star Luxury Hotel Buffet Lunch of Dinner



see the counter, already 1777 bought.

Words from Everyday.com to Ummi nyer Inbox.

We will send you instruction on how to download & print your Everyday Coupons once the sales is closed on 17 May 2011 12:00 PM. --mari book sebelum deal tamat 17 May 2011
This is a group purchase deal, so if this deal has not reached the minimum buys, please help us spread the words to your friends. With the power of collaborative buying, everyone will get the best deal.
Don't worry if this deal's minimum target is not reached, we will provide you a full refund.
Everyday Coupons
http://www.everyday.com.my/coupons/
Together, we all get the best local deal
 
 
Next step, call Hotel for Reservation.

Friday, May 6, 2011

Allah Sebaik Baik Perancang

Confirm.
Draft


Awal perancangan ,
Walid terbang dulu. Business travel.
Kemudian -Ummi follow- travel  as a single parent with One Child One Infant.
Lepas Walid habis kerja.
Sekarang travelling Spouse with 2 little precious.
Late notification from Walidnyer Legal Advisor.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya.
Redha dgn ketentuanNya.
Alhamdulillah. Syukur atas segalanya. Ummi syukur sangat2.

Thursday, May 5, 2011

Journey to Parit 3 Sg Burong

Sabtu, 30 April 2011.
 
A week before d day.
Walid roger cakap nak pergi kenduri ke Sekinchan.
 
Sekinchan ?
Ummi pernah dengar tapi tak pernah sampai.
Walid pun tak pernah sampai jugak.
 
Sebab tu Walid kata "Kita pergi kenduri ni"
Selain dari itu kenduri anak buah Walid.
Satu Jabatan.
 
Hari Sabtu yang Jam.Jam. Jemmmmm sgt.
Keluar tol Sg Besi masa tu pukul 12.
Berpanjangan Jam sampai la ke Sg buloh sana.
 
Yang seronoknya adventure kali ni.
Walid takde map kenduri.
Takde pulak pemetaan GPS.
Berpandukan panggilan suara sahaja.
Itu--sekejap orang ni bagi instruction, sekejap orang lain.
Sepatutnya gerak dalam kumpulan.
Tapi sebab jam amat. Delay sana sini.
Gerak Solo.
 
Ummi tak boleh agak berapa jam baru boleh sampai.
Tempat yg nak dituju pun Ummi tak tahu kat mana.
Semua serah bulat2 pada Walid.
Seriously, Perjalanan yang panjang dan sebab jam anak2 paham2 jela.
Tak betah diam.
Sebolehnya Walid tak nak berhenti. Sebab sudah kelewatan.
Betul dah lewat.
Lagi tambah lewat kalau dah sesat jalan.
terlepas sampai ntah Parit berapa Ummi tak tahu.
Jauh lagi macam berapa 38 KM aje lagi nak sampai Teluk Intan.
Patah balik, ikut jalan yang lurus,
Sampai jumpa balik signboard Parit 3.
Pergi masuk Parit 3 Pantai- jalan terus sampai dah nak ke jeti kecik tu,
Ape orang panggil tu eh.
Salah jalan ni. takda jumpa satu kenduri pun.
 
Pusing lagi, tanya kakak yg pada pendapat Ummi tgh tunggu bas kot.
 
"Mana Parit 3 kak ?"
"Sinila Parit 3"
 
Ummi ngan Walid confius, tanya lagi.
 
"Kitorang cari Parit 3"
"Iyer,sinila Parit 3, sini kawasan Sg Burong, sini Parit 3"
 
alalala.........
Berpandukan hati aje, masuk jalan Opposite Parit 3 Pantai tu.
(dah tak jumpa dah mana ada tulis parit 3 lagi)
 
Bila dah betul masuk jalan tu. ade pulak 2 kenduri.
(MasyaAllah,takut salah pergi kenduri pulak)

Jalan sampai hujung lagi.
Nasib baik Walid jumpa muka yang kenal.
Syukur dah sampai.
Jam sudah 3 lebih, agak agak 3 jam jugak perjalanan.
Orang dah nak kemas2.
Nasib aje pengantin tak salin baju lagi.
 
Anak2, nasib baik Mu'adz Ok.
Tapi kesian Adik.
Adik muntah. Pening agaknya. Jalan pusing2.
Sebab lewat. Mmg Walid tak berhenti.
Sejujurnya, Muntah Adik kene baju n kain kurung Ummi.
Baju n Seluar adik lencun dgn muntah.
Kereta harum semerbak bau.
Ummi dah pening bau muntah adik.
Silap2 haribulan Ummi pun boleh nak muntah sekali.
 
Ummi basahkan tuala kecik adik.
Lap satu badan.
Cepat2 bungkus baju n seluar adik.
Adik pakai baju lain.
 
Ummi lap Kain n Baju kurung Ummi.
(kalau nak tukar mana ada bawak persalinan)
 
Walid tak dapat nak berhenti supaya Ummi dapat betul2 bersihkan badan adik.
Sebab baru aje kitorang berhenti.
Dah lambat sgt.
Temperature pun dah naik. hehehehe...
 
Syukurlah.
Bila dah sampai.
Tgk sawah padi hijau, angin sepoi2 bahasa meniup.
Sejuk mata memandang.
Tgk wajah wajah yang Ummi ngan Walid kenal.
Senyum...
Temperature turun balik.
Hopefully angin bawak pergilah bau bau kurang menyenangkan tu. :)
 
Time pergi n Balik lalu Desa Coalfields, teringat kenangan dulu2 time nak beli rumah tapi tak jadi kat sini.
Waktu Balik , Ummi singgah Pasar Malam kt Paya Jaras.
Teringat jugak kenangan dulu2 pergi pasar malam yang sama.
 
Ummi perasan ade satu mende yang spesel kt kenduri ni.
Pecal dia lain la dari yang lain.
Pecal tanjung karang cam tu eh?
Ummi tak makan pun, walau dalam hati teringin nak cuba.

Tuesday, May 3, 2011

Ais Kacang Febret Walid

sambungan dari sini. http://salwanorida.blogspot.com/2011/05/kek-besday-muadz.html
Ni la pemandangan Kedai Ais Kacang tu. Very Old...
Semenjak dari kecik sekolah rendah sampai la ke besar dah kahwin anak dah dua,kedai ni jugak yang jadik pebret dia. Ice blend dia halus2 jer... sedap tu.
Hidangan Wajib kalo balik tepeng. Jalan2 makan Ais kacang lepas round round taman tasik.

Kadang2 Ummi Order Ice BO BO CHA CHA

Air buah sini semua blended RM3 kot.

Kedai Lama Opposite Kedai Ais Kacang nieh

Ini la dia nyer...ABC tak nak letak cendol.

MMMMmmmmmmmmmmm

Lokasi dia.. Kedai yang pertama sekali yer.. atas tu dulu Fajar Supermarket. Orang tepeng tahule kot

Wednesday, April 20, 2011

Exam Stress and IMS (Irritable Male Syndrome)

Pernah amik exam?
Tahu tak rasa betapa stressnyer kalau nak amik exam?
Tahu tak stressnyer preparation untuk amik exam?
Stress. Exam Stress.

This entry specificly is for men.

Have heard of IMS ?
What often triggers IMS is ACUTE or CHRONIC stress. More like a male
menopause syndrome tapi affect men at all age. and.. not like woman
monthly they have PMS, this..could be all the time.

Yes, stress in a modern life style dah jadik macam norm!~Normal.
Prices that need to pay nowadays.

Men,tend to taking out their frustrations on those who are closest to
them. CLOSEST!
Stress begini, patutkah orang keliling jadi mangsa?

Second, men's irritability, blame, and anger seem excessive and more
explosive. Wow, tanya sikit soalan remeh2 suddenly out of nowhere tak
pasal2 kene herdik or at least didowngrade kan. 'He jump down to his
throat!' Yelling!
Patutkah mereka ini dimarah hanya sebab kesalahan yang remeh?


Patutkah ?

What is IMS ?

Q: What do you call a man who is always tired, miserable, and irritable?
A: Normal.

Q: How can you tell if a man has Irritable Male Syndrome?
A: You ask him to pass the salt, and he yells, "Take, take,
take—that's all you ever do!"

You? Terpinga-pinga. (apa salah aku?)

These are the symptoom:
in humans, caused by a drop in the male hormone testosterone include:

Anger and social withdrawal
Irritability
Hypersensitivity
Anxiety
Mood swings
Depression
Stomach cramps
Hot flashes
Lack of libido
Back and head aches

Have time to explore more? Here. I ask Mr Wiki.

http://en.wikipedia.org/wiki/Irritable_male_syndrome

I ask Mr Google.

http://www.enotalone.com/article/4840.html

IMS :What Is It and Is It Real?. The Irritable Male Syndrome: Managing
the Four Key Causes of Depression and Aggression


Men, IMS can create havoc in your life and those who love you as well.
(truely agree. Those who loved you were also affected -directly)


It is norm sometimes u felt stress.
Just dont let either IMS or PMS ruined your beautiful healthy married
life,family and ur loved one also those who love you.

Wednesday, April 13, 2011

Cantik dan Sihat ( I wanted to replace the word 'diet')

Instead of using the word diet yang nampaknya a bit stressful, baik Ummi pakai word, Cantik dan Sihat.
Ye Ummi nak Cantik dan Sihat.Untuk siapa semua ni?
Untuk kesihatan sendiri untuk rumahtangga untuk Walid jugak. :)
Ummi dah sakit hati sangat tengok spare type ni.
rasa nak potong2 buat masak kari. berlemaknyer. ehehhe.
Badan mungkin kurus tapi ade spare type sana sikit sini sikit. Tak cantik lah.

A word from Walid, 
'Orang tu cakap Ida da gemuk ker?' 
'Tak..' 
'Habis tu dia cakap aper?' 
'Dia cakap Ida dah sihat (sehattnyerrrr..)' 
@#$%#%$#..'Hari2 abg tegur itu ini (bla bla bla) tak jadi apa jugak, kenapa bila ada orang lain tegur cakap ida da sihat tetiba berubah?' 
Ntah~~Reverse psikologi kot~(sendiri pelik dgn diri sendiri)

So, start from last week Ummi dah enroll dgn sendiri punya 'Cantik dan Sihat' program. Long term no stress plan.But must implement self-disciplined.

  • PB (premium beautiful) yang dah berkepuk dalam almari tu dikeluarkan balik. (Ntah tak tahu berkesan ke tak lagi- da pindah rumah simpan lama baru bwk keluar dari lemari)
    • PB ni hadiah dari kawan 3 bulan lepas Ummi dapat Aqilah.Terima kasih sgt kt Peanut. Dia   nak bagi free aje. Ummi tak nak. Ummi byr sikit kat dia.Harga asal dia pun cecah ribu riban.Terharu daku. 
  • Start balik amik intake spirulina.suplement (Amik before breakfast). Ini Ummi amik yang Cosway nyer.
  • Avoid Ice.
  • Avoid nasi (amik nasi separuh ok kot)..ehhee.. Nasi lemak fav Makcik EON~huhuhu~bye bye~
  • Air putih 8 gelas sehari.
  • PB must wear 8 jam sehari.
  • Makan malam tak boleh lebih dari kul 9.
  • Bykkan makan sayur n buah2an
  • Ummi suka sangat makan Kellogg's Special K.
  • Everytime dinner insyaAllah, replace ngan diet ni, dgn buah2.
  • Untuk detox, ade la jugak beli Green Apple Diet Tea DCL tu ntah jalan ke tak jalan, tak suka sgt kalau terlalu lawas.So Instead of sehari 2 pack, sehari 1 pack ok kot.
    • Setiap kali beli nih, mak rembat dulu mcm mana? ehehe.. nanti beli kat mak satu pack lagi.
  • Jamu MAB tu tetap continue.Itu untuk kesihatan dalaman wanita. Rasa2 macam serasi.
Berat sekarang? 60kg kot. Berat tu.Berat tulang. hihi.
Berat masa jumpa Walid ? 52 kg. Kurus n Kecik jer..
Berdoalah Ummi boleh stick to plan yang Ummi sendiri rancang.
Terima kasih bagi support Walid. Support selalu k.

Ummi nak turn self into 'MISS DIAMOND' bling bling -ahak..(mesti walid tak paham)
 Miss 'S' ? ahak. Ni Walid paham kot. Body n Shape like 'S' word. Walk like 'S' also.

 
Alala. merepek ni. Bersyukur atas segala kurniaanNya,
Hopefully lepas ni lebih sihat, lebih ceria.
:)

Tuesday, April 5, 2011

SEDETIK LEBIH

Di dedikasikan khas untuk suami tersayang,

OST Hikayat Merong Mahawangsa Sedetik Lebih Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Ikhlas,
UmmiSalwa
 
 
 
 

Tuesday, March 22, 2011

Merempit

Yaaahhh.....
Merempit naik Sym ngan Walid.(xlaju mana pun,200cc jer)
Redah hujan pagi2 Selasa ni.
 
Mula2 Ummi hantar anak2 ke taska. Masuk terus kt parking bay dia sebab hujan.
Letakkan Aqilah n Muadz.
 
Kalau tak hujan Walid akan follow ngan moto dia tu.
Dah hujan, Ummi berpatah balik ke rumah.
Bru siap2 pakai baju hujan.
 
Baca Doa naik kenderaan, baca al-fatihah, baca Ayat kursi
Off we go!!!
 
Sepanjang jalan, Ummi gerun sebenarnya.
Da la Sym tempat penumpang blakang tu tinggi. Laju jugak.
Hujan pulak,
tapi buat2 kewl.(cool)
Sampai kt tiang toll laluan motor. had tinggi 2.1m Ummi kene tunduk.
Serammya kalau sangkut kepala.
Peluk Walid kuat2.
 
2x sym tu mati enjin dia.
Kenapa yer?
Walid kata takleh slow. Kalau slow enjin mati.(slow sebab jam n kte rapat2, lagi satu xdpat nak cilok2)
Begitukah?
 
Syukur alhamdulillah selamat sampai. 40 minit dr Bangi ke KL.
Satu pengalaman baru buat Ummi, mungkin Walid juga.
 
Sejak buat keputusan utk pergi ke tempat kerja bersama2.
 
:)
 
 
 
 
 

Monday, March 21, 2011

Tadika/Taska Mawaddah Taman Kajang Impian

Hari ni first day Ummi hantar Aqilah n Muadz pergi sekolah. (taska la tu-Muadz kata sekolah)
 
3 hari sebelum tu dah bagitau Muadz Ummi n Walid nak hantar dia ke sekolah,
Siap ronda2 kawasan sekolah.
Mintak kat Ummi suh beli beg Ben10,kejap2 tukar kata beg Barney pulak.
 
Kejap2 dia kata nak pakai stokin pergi sekolah. (tgk kakak2 pergi sekolah pakai stokin)
 
Muadz seronok sgt dia nak masuk sekolah.(EXCITED!)
Nak jumpa cikgu.
Nanti cikgu ajar ABC.
Nanti cikgu ajar baca doa.
 
Jumpa kakak Mira dia cakap,
'Nanti Muadz nak pergi sekolah dah'. (BANGGA!)
 
Terharu dengar.
 
Ummi n Walid doakan keselamatan Muadz n Aqilah mudahan2 tak berlaku perkara2 tak diingini kt taska.
Ummi n Walid doakan agar Muadz and Adik terpelihara.
 
Komen pasal taska? Masih terlalu awal.lagipun lain orang lain pengalamannya.
Ummi doakan yang terbaik sahaja.InsyaAllah.
Dua2 pihak pun nakkan yg terbaik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 

Tuesday, March 15, 2011

Accident Might Happen

Ya.. accident might happen.
 
Friday 11.50pm Lebuh raya arah utara berdekatan Gopeng.
 
Sebuah kereta Proton Waja dipandu oleh dua orang rakan berbangsa Cina telah merempuh kenderaan Toyota Wish di hadapan mereka.Keadaan di waktu itu hujan renyai-renyai.Kereta dipandu laju dan gagal mengawal brek kenderaan.
 
Kereta Proton Waja tersebut rosak teruk di bahagian hadapan dgn kedua2 lampu hadapan pecah dan keaadan enjin yang tidak dapat dipastikan.Toyota Wish mengalami kerosakan di bahagian bumper belakang.
 
Kemalangan kecil itu tidak meragut nyawa. Keadaan di sekitar lebuh raya tempat kejadian  turut melihatkan pelbagai kenderaan pelbagai jenis turut terlibat di dalam kemalangan-kemalangan kecil sesama sendiri. (honestly a weird scenery) (lebih dari 15 kenderaan tersadai disebabkan kemalangan yang tak pasti berpunca oleh apa siapa bagaimana menyebabkan byk kenderaan terpaksa brek mengejut dan perlanggaran antara satu sama lain). Luckily Walid sempat brek dan dan mengelak dari melanggar kenderaan hadapan. Walau bagaimanapun. kenderaan belakang tidak dapat berbuat yang sama.
 
Laporan polis telah dibuat berkenaan kemalangan tersebut di Balai Polis Trafik Cawangan Ipoh.
 
Syukur Alhamdulillah, ummi,walid,adik,muadz,mak selamat.
 
'Utamakan keselamatan dan berhati-hati sewaktu memandu'
 
 
 
 
 
 

Friday, March 4, 2011

Aqilah Zulaikha - Si Bijak yang Cantik Menawan

2 minggu sebelum hari lahir adik

-Adik demam and dilanda cirit birit- (Normally ini symptom2 biasa budak nak beralih bulan -kata oranglah)

-Sebab demam agak tinggi, Ummi&Walid bawak adik pergi Hospital Appollo (time ni kat Tepeng)

-Dr sgt baik. Kata Dr, kalau demam adik tak surut lepas satu hari, mayb Adik kene tahan kat Wad,

-Esoknya, demam adik tak surut lagi (masa ni dah sampai kt Puchong dah)

-Ummi rasa tak sedap hati, though makan ubat yg Dr bagi. demam adik kebah sekejap.lepas 6 jam naik balik panas tu.

-Bawak adik g Poliklinik MyMedik (Sbelah Domino dekat ngan Carrefour tu) jumpa Dr Salleh, suami Dr Nadirah.

-Dr pun kesian tgk adik. Ummi&Walid have to agree untuk amik darah nak identify kenapa adik ni demam tak baik2 ni.

-Rupanya adik kene jangkitan kuman , so Dr bagi antibiotik kuat sikit n masuk ubat ikut bontot. 

-Keesokan harinya, miracle happen, adik bangun sihat sejahtera. dah tak demam dah, tapi Ummi still monitor 24H.

-Adik ni... funny la. Dr dah bagi ubat byk2 tu. tahu jerk ek tak nak makan. tak bukak pun ubat yg Dr bagi tu. Adik dah sihat. Alhamdulillah.


Current status as at 4-Mac-2011 (ces..mcm report yg Ummi buat lak)

Sangat happy, adik dah baik. Dari kurus tak lalu makan dah jadik montel.

Opah dah panggil adik gemuk pulak. Badan dah naik. Tembun dah. (Nak top up balik eh). Beratla Ummi nak dukung. Tak larat dah.

So happen on 2-Mac-2011, setahun yang lalu at 8.13am, lahirlah seorang bayi yang comel permata hati Ummi&Walid.

Nama diberi =Aqilah Zulaikha Mohammad Akhir.

Small celebration saje within Ummi,Walid,Opah,Makteh. (xsure dapat celebrate kt Tepeng ke tak nanti)

Walid ade special gift utk adik. (Gelang tangan emas) terima kasih walid dari pihak Ummi. 

Adik je ke? Ummi tak dapat ape2 ker? (Nanti mesti Walid kata -Ummi dapat kasih sayang Walid jer..Payung kasih sayang. :) )

Sekali gelang tangan tu besar lah, jadi gelang kaki adik. ihik.

Pandainye Walid nak menghias anak dara dia ni. 


~~@>-- Terima Kasih Allah atas kelahiran Aqilah Zulaikha .Doa Ummi&Walid moga Aqilah menjadi insan solehah cemerlang di dunia dan akhirat..Amin--




Tuesday, March 1, 2011

New Family Member




Lahir tahun 82, 6hb 3 :)
Well, that is the number for our new family member.

Walid propose to have 199,0203,1604..akhirnya dapat pada 8263. kenapa tak 8236 eh? 

Lucky Walid get the car with full spec. Back camera, Full leather seat,DVD/Radio player (malaysia frequency),4 disk break, body kit.except for the sunroof.  Get full spec for the basic spec price..

Subhanallah,Alhamdulillah  dengan rezeki yang Engkau kurniakan. Mudah-mudahan bertambah2 lagi ketaqwaan dan kecintaan kepada Allah. Amin.

Monday, December 27, 2010

Tahun 2011 yang penuh cabaran

Tahun 2011, tahun yang penuh cabaran. Ummi n Walid will not be in our comfort zone anymore. (akan jadi macam pasangan yang baru2 kahwin tp da ada 2 anakla.., rumah baru,keperluan baru,kerja baru,semester baru,semua baru)
Kenapa Ummi cakap macam tu? In detail..kerana pada tahun inilah, 

1) Kami sekeluarga akan bermautautin secara tetap di rumah baru kami iaitu di Seksyen 7 BBB. Februari 2011.
      a. Wll takes time to adapt to env. changes, hopefully fast enough.
      b. Jauh dari tempat kerja Ummi n Walid. (*not sure yet-highway byk ni  30km tu standard)
     c. Jauh dari tempat belajar Walid (UM)
2) Walid start kuliah Master dia on Februari 2011 .
     a. Akan start balik lewat
3) Ummi masuk tempat kerja baru on March 2011
     a. A job that requires u to travels~dan berjauhan dari keluarga, berlaku lah hubungan jarak jauh.
4) Anak2 yang tengah membesar perlukan perhatian Ummi dan Walid.Muadz = 3 yrs, Aqilah 1 yr
     a. semakin cerdik semakin bijak semakin banyak soalan. Cabaran menapis anasir2 jahat. dan perbuatan2 yang salah dan betul.



Life change~ attitude also must change. Attitude! simply attitude, Nak ke tak nak! Well easy said than done. But at least give urself a chance.
Kadang kala Ummi also wonder, Ummi terlalu Focus 100% kepada apa yang ummi buat Ummi takkan perasan perkara2 lain walaupun sekecil2 perkara. (kurang perhatian pada perkara lain ketika diri sedang focus melakukan perkara yang lain).

Should not be this way, though this way yang buatkan Ummi succeed sampai sekarang. Focus and Attention, sekarang Ummi nak ubah sikit. jadikan~Focus and Attention to Detail! Yes! And Perhaps do the right thing at the right time.be agile-ability to respond to change in the most effective way.That is being responsive.

 
I hope and I hope. Dah ada dua anak ni semua mende buat nak kene cepat. Ummi tengah masak, adik datang kacau, masa ni jugakla abang nak susulah, nak berak lah. Yang kt dapur tgh masak, tgh na basuh pinggan, etc etc etc- Agak susah nak tinggalkan Abang n Adik together. tak leh percaya. Nak uruskan dua-dua ni..dalam pada masa yang sama cope dengan urusan tanggungjawab harian. Ummi really hope Ummi can be a good manager. Not only good but wise manager as well. Amin.~Walid,terima kasih kerana memahami dan terima kasih kerana membantu~

Orang yang tengok takkan tahu sampai dia sendiri lakukan. betapa kelam kabut. dan semakin kelam kabut, semakin pelupa pulak tu. hancur. Agaknya Ummi perlukan supplement tambahan, jgnla jadi pelupa sangat. Cepat ingat dan cepat lupa.Not good not good. Kembali kepada basic- Kurma, gingko, kismis, madu.

Ummi senyap2 nak build own S.O.P. cess..cam ape jer.For personal development. But its true.at least to me.. so Ummi can be more discipline. Nanti KPI tgkla sapa nak judge. Ada bonus tak? Takda bonus kerja down sikit lah.hehe.sempat lagi.

 
Rohaniah dan jasmaniah, perlu perhatikan dari segi komitmen kepada yang Esa,tebal nipis iman yang sentiasa berubah2, Ummi berdoa agar sentiasa ditetapkan iman, jaga solat, jaga hubungan dengan Allah.

Penjagaan pemakanan agar tidak mudah terkena penyakit. Kurangkan yang berminyak, Walid nyer azam tahun ni nak makan yang stim stim sajer yer. Lets give it a try -be firm and consistent. Kene check balik menu pemakanan keluarga nih.

Apa saja dugaan dan cabaran pesan Walid-‘JANGAN BERPUTUS ASA!’
’ALWAYS THINK THAT U CAN!’

Sama2 lah ingat mengingati sesama kita.Have faith in Allah for Allah He is our Creator.