Showing posts with label Misc. Show all posts
Showing posts with label Misc. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Kejutan dari Walid

Walid beli kt Ummi set Spa di rumah lah.........
(Walid pun boleh  guna juga)
"Abang pun tak tahu kenapa abg beli ni"
"Err..."
Ummi pun tak tahu ade product ni
bila dah google2 barulah jumpa


Menarik. Feedback yang memberansangkan.





Bestnyer....Terima Kasih Walid.

Dalam pada tu, malam tadi Ummi ade cakap nak upgrade/flash/format/flush S2 Walid.
Sebabnya, S2 tu.. korean version. (Kastam)
Nak convert Korean tu kepada International version
dari model SHW-M250S/K kepada GT-I9100 .
Together upgrade firmware to Ice Cream Sandwich (android v. 4.0.3)


"abg dah beli set spa tu,
    kasik transform jadik S3"

Erk..pulok.. haha.
Nah.
Ummi tryla
based on based on post kat forum and userguide
also help from a friend yang dah berjaya transform

Punyala dia punya download mode bahasa korea,
aarrhh...
buat dono je.
anggap mcm English.
haha.



Follow tutorial
download Odin and latest ICS official Firmware,
akhirnya..
PASS!PASS!PASS!

.
.

Sebelum ni dia adalah SHW-M250S/K (android Gingerbread)
sekarang sudah transform hehehe..
da takde da TV korea tu.ehhe


Interface semua sudah tukar.
browsing internet laju berdesup2
(ICS features ade power browsing patutla..)
Ok. Walid.
Ice Cream Sandwich
Hmm..cam sedap lak. 

Tuesday, October 16, 2012

Adam dan Hawa (Akhir dan Salwa) wek..berangan

Oklah..title yang berangan tak sudah,
Ummi layan cerita Adam dan Hawa tenggelam timbul.
Pasal kt rumah takde Astro.
Tapi somehow...
Sebabkan like fb Adam dan Hawa
barulah ku tahu
Ade hamba Allah yang rajin mengupload after each episode kt Dailymotion
Makanya di waktu Ummi on MC that day.
Marathon cerita Adam dan Hawa,
Asyik teringat kt Walid aje bila time tgk cerita tu
ihik. *berangan*
;p
Walid jadi Adam k
Wishing Walid jadi se'romantik' Adam
Which sometimes Walid does.

"Am rindu Ain"
"Take Care, Sayang"

~perkataan Sayang tu sangat berat nak keluar dari mulut Walid.
senang panggil nama je.
Smsing boleh la nak panggil sayang2
Cuba cakap tgk
Terkedu
*(iklan...Berkatalah 'Sayang' pada yang berhak yer... jgn sayang tu ditabur-tabur)

Skang ni dapat tgk siaran tertunda pun sangat bagus dah
Rasa macam nak g cari novel dia boleh layan terbuai buai perasaan lagi time berpantang nanti :p
heheheh
Lepas tu.. beriltizam utk pergi Umrah sama2 ngn Walid
Mari~
mudahan dimurahkan rezeki ke sana dan dipermudahkan.
InsyaAllah.

Monday, July 30, 2012

LUST

LUST, That's all i can say.

1. LUST for selipar baru

rokkit slide grey


2 LUST for .Jam baru
original fossil multi-function rose gold tone ladies watch

3. LUST FOR Handbags
COACH GOLD/DKNY


4.LUST FOR GADJET BARU.
 nak tepon baru
5. BAJU BARU?
7. TUDUNG BARU? (nurkasih/pearlhaya)

Pergghh..dok layan nafsu ni mmg tak habis2
Hari2 dok bukak fb tgk barang2 for online shopping
Riso benor takut terbeli
Nak Berjimat2


Kerusi meja makan  and langsir rumah tak settle lagi...

Merah ke purple cantik?
Ummi suka merah, Walid cakap purple pun cantik.

seketul rm250



iskh iskh.. nafsu nafsu.
Ramadhan......da tahan nafsu makan, nafsu materialistik macam mana?
Nak raya ni byk nak berbelanja
Kasut raya,beg raya,baju raya, brooch raya,tudung raya, telepon raya? (tepon ummi rosak,tepon walid pun rosak tapi masih leh pakai)

mesti ke semua nyer baru?
TAK SEMESTINYA.
:)


Thursday, July 12, 2012

Pisau dah Balik, Eh.Bos dah Balik

Bos dah balik dari Melbourne & Sydney
Scanpan Spectrum tak dapat
Tapi dapat yang seangkatan dengannya,
lain brand.
slice n dice
Sukerrrrrrrrr jugak.
Dapur colourful.
Tak test power pisau ni lagi,
Pergi buat display dulu
*harusla Walid perli*



Dapat pisau terus snap.
Opps ade iklan Sophie kt blakang. (tu nanti cerita)
Actual price AUD 39.95 Sales price AUD 24.95.
Souvinier bos kasi baju n ref magnet.
Semua orang dapat. :)
Tq bos.

Err..raya ade bonus tak?

Wednesday, October 13, 2010

Panggilan 'Sayang', adakah menzahirkan apa yang diucapkan atau suka2 saja

Lain orang Lain pendapat dan surely depends on situasi atau keadaan. Tak perlu cepat membuat kesimpulan. Tapi kadang2 ia menimbulkan kekeliruan. Bergantung kepada kepercayaan atau prinsip orang tu juga ya.


Ada orang yang nak test power/market nak tgk pompuan/lelaki tu cair ke tak cair
Ada orang yang sudah menjadi trademark dia
Ada orang yang memang penyayang panggil semua orang sayang
Ada orang yang sudah kerap gunakan hingga sayang tu dah takda makna
Ada orang gunakan sebab nak bodek suruh buat kerja
Ada orang gunakan sebab sudah menjadi trend/ikutan sekarang
Ada orang gunakan sebab dia bos semua staff dia panggil sayang
Ada orang gunakan sebab dia cikgu dan semua murid dia panggil sayang
Ada orang yang sayangnya di tabur tabur.



Ada pulak orang yang gunakan panggilan sayang dan betul2 dia maksudkan.
Ada pulak orang yang gunakan panggilan sayang hanya kepada yang dia sayang
Ada pulak orang yang gunakan panggilan sayang hanya kepada seseorang yang istimewa
Ada pulak orang yang gunakan panggilan sayang utk suami dan anak2 sahaja
Ada pulak orang yang gunakan panggilan sayang sebagai panggilan manja
Ada pulak orang yang gunakan panggilan sayang sebab berharap pihak yang satu lagi tu pun buat yang serupa.



Jadi...anda yang mana satu yer.
Dimana pun anda..Luahkanlah sayang hanya pada yang berhak.
ps: merely my 2 cents.

Wednesday, September 29, 2010

Doa Untuk Pasangan

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku(atau isteriku)

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkannya kepada aku

Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagaimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku

Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya

Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku

Ya Allah jadikanlah aku di matanya hebat dan jadikanlah ia di mataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,

Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas Nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah