Showing posts with label Abdullah the 3rd. Show all posts
Showing posts with label Abdullah the 3rd. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Checklist Ummi : Set Berpantang NR

Ummi dah pun download checklist bagai semua tu.. tapi tetap jugak nak semangat menulis.. especially pakai pen lipstick tu. aish.. cabut lipsctick tu keluar la mata pen tu kan.. hehehe..(serius)


InsyaAllah berpantang kali ni kt Bangi jer.
So cerita pasal persediaan berpantang.
Ummi dah dapatkan dah item no 2 dlm checklist tu. Ini dia kt bawah ni...(set berpantang NR Herbanika) yang best nya dia bagi skali ngan free gift. taknak la lepas peluang beli set yg berbaloi2 murah ni..
After survey2 mostly harga RM270-RM365(retail), takde free gift pun. Belum masuk postage lagi. Tak caya try survey sendiri.

Set yang kt bawah ni.. cuma RM300 include postage. plus 6 free gift. Ummi rasa Ok sangat dah tu..

details tgk kt sini

Time Aqilah dulu Ummi guna Amway nyer set, Tropical Herbs tu. (siap ngn bengkung tapi tak guna pun, pakai bengkung mak) - itu mmg totally worth sebab nya di sponsor oleh Kak Sha..
Yang time Muadz mmg Ummi dah guna Set NR, Half2 di sponsor oleh Nyah.
Hmm.. kali ni takpela Ummi cari sendiri..
Hmm..lain2 keperluan tu.. slow2 lah cukupkan.
- tungku besi ngan bengkung ada kt kampung.
- Mcm yang ditulis tu...belaka kebanyakan item ade kt Kedai Jamu lagi hehehe or kt mana2 farmasi... tak beli lagi.. pun.. or mayb some no need at all hehehe.


Tuesday, October 2, 2012

Serabut a.k.a Unarrangged : Checklist Not Yet Complete Utk Ummi dan Umar

Orang lain dah na masuk 7 bulan can say as early as 6 months dah siap prepare checklist itu ini
Ummi ni..
Checklist tu mmg dah ade, dah print tapi buat pekasam.
Barang2 insyaAllah mostly dah ade,
tapi merata2.
Kt duk celah lemari/atas lemari/bawah lemari/
kt kampung/ sana sini situ/
heee........everything here and there
Ummi ingat nak guna bilik bawah tu nak letakkan barang all at one place.
Too bad.. Bilik tu dah penuh.
Jadinya kumpulkan lah kat bilik atas.
Actually, operasi dah start masa Walid g Kursus kt Bukit Tinggi tu lagi
Tapi tak settle sebab barang byk takde
N Ummi tak mampu nak panjat almari tinggi takut jatuh (almaklumlah dah tak balance)
~rasanya baju2 newborn byk dalam lemari tapi kt tempat paling tinggi sampai syiling nun~
Berdebar2 kalau asyik2 false alarm aje.
Sungguh! Espeacially kalau happen tgh2 malam tu.. uuuuu.
Yang penting ~ checklist barang2 tuk ke hospital tu get ready dulu~

Tuesday, September 11, 2012

Cerita Makan2 Open House

Syawal di KL Sabtu Ahad Jalan Jam, rakyat jelata sibuk keluar memenuhi jemputan Open House sana sini.
Samela kitorang satu family ni pun.. Sibuk je nak keluar.
Tak open house, ade jemputan kenduri kendara.

Sebabkan byk jemputan open house and part of it ade kenduri.
Perut Jadik Cramp.
Makan Byk Ohh!!
Open House kt Umah Ella ade Nasi Beriani and Laksa
Open House kt Umah kawan Walid ade Kambing Golek Golek..PErrghhhhhhhhh
muadz ngn qlah duk mengadap kambing ni
semua gambar muadz yang tangkap

Jumaat, Sabtu, Ahad Isnin sambung pulak dgn Open House company.



Company nyer Open House

Kene pulak Nafsu asyik teringin nak makan Manis jer..
Cake Aiskrim Baskin Robin Beli Saje2 takde birthday ape pun.(makan ramai2 ler)
Walid yg teringin ni.....Dunkin donut tu 2 kotak tau...

Aiskirim Singgit Walls Rainbow tu
Secret Recipe Saje nak makan after lunch
All the Yummy Dessert

Daripada sebulan puasa berat Ummi tak naik, bagi seminggu je cukup tak tau berat dah jadi berapa ni.

Last time Muadz ngan Aqilah berat masa 9month around 72kg. (which is 16kg increment from original weigth)
Berat sekarang (errr..lepas puasa) 66kg.. now is at 7mon.
Kalau seminggu 2kg naik (which is possible)
9minggu lagi x2=18
18kg+66kg=84kg!!!!!!
Sedar Sendiri lah, Tak yah orang lain tegur!
takutnyerrrrrrrrrrr............Nanti tak larat nak bawak badan sendiri kene bed rest plak kt spital
Hopefully tak sampai macam tu la.
No No No

Tuesday, September 4, 2012

Preparation Kelahiran Anak

Ini cerita sikit2 pasal preparation yg Ummi buat dulu dulu dulu masa time Muadz-Aqilah
Selain preparation untuk barang2 keperluan, Ummi sendiri heavily active in forum and going classes. Nervous punya pasalla, tak takut ke nak bersalin .. takut la..

Ringkasan dia macam kt bawah ni

a. Seawal2 dah terjebak dgn forum Susuibu.com
    Membeli belah online breastpump,etc pun kt Susuibu.com + Fabulous Mom.

b. Ummi ngan Walid ke ParentCraft Class by Pn Rita Rahayu (if not mistaken) sudah lupa.
Dekat PPUM.
From the PPUM website ..


"This classes was organized so that all pregnant mothers who attended the class can have more information on pregnancy,,delivery process,selfcare after delivery & care of newborn babies and breastfeeding.They will also be taught on bathing of the newborn baby.This classes will be held every alternate Saturday of the month at Training Division 1st floor Trauma & Kecemasan.For booking it advisable if the mother is at 30 weeks of pregnancy.Registration and payment of RM 50 can be made at the nurses counter in Antenatal clinic during the antenatal check up. "

aa...begitulah adanya. Sangat eksaited. Praktikal semua ada. Feel It, (termasuk Walid skali kene practise berastfeed baby n jadi model atas katil tuk bersalin) ;p

So.. dari sini.. confident level sudah tinggi tuk mentallly and physically prepare tuk labour and process after that.. ie.. Parenthood Journey!

Masa time Aqilah,(engine masih panas) pengalaman dah byk mengajar, jadi untuk masa ni Ummi lebih focus kepada bagaimana nak enhance diri sendiri dari segi penjagaan semasa mengandung, selepas bersalin, (lagi2 walid takde kt sisi pasal g kursus- kehendak perkhidmatan)
Alhamdulillah, prosess kelahiran yang mudah.

Tapi yang no 3 ni.. sudah lupa la itu semua.. engine tak panas
So.. Ummi kena panaskan engine balik.
Start doing research balik.
Moreover,plan untuk homebirth pulak.
Maka banyaklah buku untuk dibaca

Example

On Mental Preparation:
1.The 7 Habits of Highly Effective People by Stephen Covey

2.The Secret by Rhonda Byrne

On Childbirth:1.http://www.childbirthinternational.com/information/reading_list.pdf (comprehensive list here but I'll include some of my favorites)
2.Ina May's Guide to Childbirth by Ina May Gaskin
3.Hypnobirthing by Marie Mongan
4.Childbirth without Fear, by Grantley Dick-Read
5.Unassisted Childbirth, by Laura Shanley

--excerpt from the reading list from the group (gentle homebirth malaysia)

Ummi pun terjebak dgn Home/Unassisted Birth Malaysia Group + The Gentle Birthing group Malaysia kt FB.
Hardcore. Barulah tau y certain2 people doesn't like to bersalin kt hospital - a lot of reason.
Even Dr, midwife also are in the group. pergh.


Kita cuma merancang.. But of course.. tetap pergi booking tempat jugak kt Annur. :) hihi...
Takut ? takut ? Ada berani ka ?
Takutla Walidddddd..........

Wednesday, August 15, 2012

Assalamualaikum Umar


Inilah dia Umar, tido time ni,
malu2 tutup muka pulak.
Umar ni Ummi tengok hensem dan kacak macam Walid.

Surah Al Imran (3 : 38)
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”

 Doa Ibu Bapa Untuk Anak

Thursday, June 21, 2012

Abdullah the 3rd : Checkup @ 16 weeks ++

Going for monthly checkup again,
Really: Ummi dont keep track of  ur development
But Ummi can feel the ur movement
And Dr confirmed that since this is the 3rd pregnany - some mother can felt the baby movement as early as 16 weeks.
:)
Sweet kan.. but  i didn't tell Walid yet ( that Ummi can feel ur movement already)

Repeatedly Dr mentioned to APPRECIATE BABY.
(Sebab dia tgh terang pasal umur baby/panjang kaki/diameter kepala bli bla bli bla)
Ummi  keep asking pasal gender.hehehehe
Not really focusing to what she say hehehehe..apola Ummi ni..(letih lame benor menunggu)
Sekilas Dr ckap mayb its a BOY!
Can see the scrotum/the penis/ oopss.s. that's what she say. hehe

Ummi can't  fully see to be sure. (image is blur) hehe..Ummi dont know what is what.. ehhehehe..unless it's obvious..Toing toing toing....hehe
Nvrmnd. Dr said~ wait for 20 weeks ++ (if wanted to do details scan most suitable from 20w- 28w)

:)

Tuesday, May 29, 2012

100 Panduan Siap Sedia Bersalin

Except From
100-panduan-siap-sedia-bersalin

Sebaik anda disahkan mengandung, persiapkan diri untuk bergelar ibu dan ayah yang terbaik. Kami menyediakan panduan dari A-Z untuk bakal papa dan mama.
Apabila disahkan positif mengandung, tentu bermacam perkara bermain di fikiran anda. Persoalan bagaimana selepas ini, apa langkah seterusnya dan sebagainya lagi berlegar-legar di kepala.

Bersiap Hadapi Tiga Trimester Kehamilan


Persediaan untuk bergelar ibu seharusnya bermula sejak awal dan sebaiknya bermula sebelum hamil lagi. Bakal ibu perlu mengambil tahu maklumat tentang kehamilan.
Menurut Pakar Obstetrik& Ginekologi Pusat Perubatan Barakah, Dr Khairiah, wanita yang merancang untuk hamil perlu memastikan kesihatan mereka berada pada tahap optimum dan mengamalkan cara hidup sihat.

Jika ada sebarang penyakit yang dihidapi seperti darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya, mereka perlu berbincang dengan doktor dan pastikan kesihatan pada tahap optimum kerana berisiko mendapat keguguran atau kecacatan bayi.

Beliau membahagikan perubahan yang patut dijangka oleh bakal ibu kepada tiga trimester. Setiap trimester mengambil tempoh tiga bulan. Jumlah masa tiga trimester adalah 9 bulan.

1. Perubahan paling biasa berlaku adalah rasa loya, muntah, selera makan berubah, keletihan berlebihan, sakit di payu dara dan kekerapan membuang air kecil.

2. Untuk mengurangkan rasa loya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan makanan berminyak atau berempah.

3. Jika ibu mengalami alahan teruk sehingga tidak boleh makan langsung, jangan paksa untuk makan sebaliknya cari apa yang boleh diterima oleh tekak dan pastikan berjumpa doktor untuk rawatan.

4. Banyakkan berehat untuk mengurangkan rasa keletihan yang dialami.

5. Jangan lupa makan asid folik, sebaiknya mula makan sekiranya merancang untuk mengandung.

6. Persiapkan mental untuk menghadapi perubahan yang berlaku.

7. Jangan terlalu risaukan keadaan janin dalam rahim jika ibu terlalu teruk mengalami alahan. Janin tetap sihat dan membesar kerana dia mengambil khasiat yang diperlukan daripada badan ibu.

8. Cari coli yang lebih selesa dipakai kerana ketika ini payu dara mengalami perubahan saiz dan akan menjadi lebih sensitif.

9. Jika anda masih lagi menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.

10. Anda digalakkan membuat pemeriksaan antnenatal pertama pada trimester ini untuk memastikan keadaan kandungan normal dan mengetahui tarikh jangkaan bersalin yang betul terutama jika anda lupa tarikh haid atau haid anda tidak menentu.

Trimester 2

11. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih belum membesar dengan ketara lagi.

12. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil.

13. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga (mengekalkan fleksibiliti otot).

14. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk mengelakkan sakit belakang.

15. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

16. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa apabila memakai pakaian yang ketat.

17. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran.

18. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat.

19. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu.

20. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan.

21. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah.

22. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari.


Trimester 3

23. Saiz badan ibu semakin membesar.

24. Ibu akan berasa lebih panas, tidur tidak selesa, kerap buang air kecil, kejang otot, sakit pinggul kerana otot mula meregang untuk proses bersalin.

25. Persiapkan diri dengan infomasi berkenaan proses pelahiran anak seperti latihan teknik pernafasan dan pilihan cara untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin.

26. Kekalkan stamina untuk proses kelahiran dan pastikan ibu mendapat rehat secukupnya.

27. Ada bakal ibu mengalami penurunan selera makan dan ada yang sebaliknya. Jika tidak berselera lakukan seperti ketika trimester pertama iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tetapi jika terlalu berselera, ambil makanan yang tinggi serat kerana ia mengurangkan risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.

28. Sesetengah bakal ibu akan mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki dan kebas tangan disebabkan water retention. Kebas tangan adalah disebabkan oleh carpaltunnel syndrome iaitu berlaku tekanan kepada saraf yang pergi ke tangan disebabkan oleh water retention. Kebas ini boleh dikurangkan dengan kerap melakukan senaman tangan.

29. Vericose vein juga banyak berlaku kepada ibu hamil. Ubat daripada doktor boleh diberi sekiranya keadaan ibu terlalu teruk. Ibu digalakkan memakai stoking elastik dan meletakkan kaki ke atas paras lebih tinggi dari badan semasa baring atau duduk.

Bersalin Di Mana?

30. Swasta atau kerajaan. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, perkara yang mesti difikirkan ialah bersalin di mana. Apa juga keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan bajet anda.

31. Jika anda mempunyai tahap kesihatan yang baik semasa hamil, hospital kerajaan atau swasta tidak menjadi isu utama. Sekiranya anda memang ada peruntukkan kewangan tanpa had untuk melahirkan anak, tidak salah memilih hospital lima bintang untuk keselesaan maksimum.

32. Jenis pusat perubatan – Andai anda mementingkan ciri-ciri Islamik, anda boleh membuat tinjauan hospital yang bercirikan demikian supaya aurat sentiasa terpelihara sebagai wanita Muslimah.

33. Tanyalah sama ada hospital berkenaan menawarkan doktor dan jururawat yang terdiri daripada wanita. Namun tidak semua hospital berciri sedemikian berdekatan dengan kawasan kediaman anda.

34. Dari segi lokasi hospital, pilihlah hospital berhampiran dengan kediaman untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya supaya dapat sampai segera ke hospital di saat pelahiran sudah tiba. Anda pasti tidak mahu bersalin dalam kereta.

35. Jika berlaku kesesakan ketika itu, mintalah bantuan polis atau orang ramai bagi membantu melancarkan perjalanan anda ke hospital.

36. Pakej bersalin- Dapatkan maklumat terperinci daripada brosur pakej bersalin di hospital supaya anda tahu tentang kos tersembunyi dalam pakej bersalin.

37. Dapatkan maklumat berkenaan kos jika bersalin pada waktu malam dan waktu siang atau cuti umum. Begitu juga jika berlaku komplikasi semasa bersalin, ia akan dikenakan bayaran tambahan.

38. Biasanya pakej bersalin di kebanyakan hospital menawarkan untuk kelahiran normal tanpa komplikasi dan begitu juga pembedahan caesarean. Semua ini perlu ditanya untuk mengelak bajet anda ‘ lari’ .

39. dipilih mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk bayi yang mungkin berisiko dan ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Jangan memilih pusat perubatan yang kecil dan tiada kemudahan untuk kecemasan.

40. Ada hospital swasta menyediakan ‘lawatan’ selepas ibu pulang daripada bersalin untuk melihat perkembangan bayi dan ibu.

41. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta.

42. Hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kecemasan.

43. Ada hospital membenarkan suami menemani isteri bersalin.

44. Ada hospital mempunyai wad bersalin yang dilengkapi oleh teknologi CCTV bagi mengelak berlaku kes kehilangan bayi.


Persiapan Spiritual

45. Perlakuan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ibu dan ayah mempengaruhi pembentukan anak yang dikandung.

46. Bagi yang beragama Islam, lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia kelak.

47. Sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

48. Banyak mengingati Allah dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.

49. Cuba perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.

50. Amalkan doa bagi memohon kepada Allah agar mengurniakan zuriat yang sihat, sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ibu dan ayah.

51. Elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa berasmara.

52. Faham perubahan fisiologi tubuh badan isteri kerana suami seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.

53. Gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang kala tidak selesa. Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

54. Hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa mama agar menjadi contoh tauladan kepada zuriat yang akan dilahirkan.

55. Istighfar iaitu memohon keampunan kepada Ilahi satu amalan mulia yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutama setiap kali selepas solat fardu.

56. Jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan juga bapa. Makan makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging zuriat kalian.

57. Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

58. Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruh perkembangan sihat janin yang dikandung.

59. Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.

60. Niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada anda.

61. Orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa reda dengan segala dugaan yang datang kepadanya terutama ketika sedang hamil.

62. Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Ilahi.

63. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan keselamatan sepanjang mengandung dan mudah bersalin.

64. Tutur kata suami dan isteri perlu dijaga. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang perkembangan emosi anak yang dikandung.

65. Jauhi diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar semasa isteri hamil amat baik dilakukan. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.

66. Yakinlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil dan melahirkan anak.



Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung ialah :

67. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)

68. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )

69. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

70. Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)

71. Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)

72. Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)

73. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)

74. Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)

75. Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)

76. Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)

77. Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)

78. Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)



A-Z kelengkapan untuk ibu dan bayi

79. Adakah kad pengenalan diri anda disimpan di dalam beg yang senang dicapai? MyKad anda penting kerana akan digunakan sewaktu mendaftar masuk ke wad bersalin.

80. Biasanya pada minggu-minggu terakhir kad pemeriksaan kesihatan ibu mesti dibawa bersama. Anda boleh bersalin bila-bila masa! Sama seperti MyKad, simpan ia di tempat yang senang dicapai.

81. Cuba bawa bantal kecil yang mungkin dapat dijadikan bantal tambahan ketika bertarung dengan kesakitan kontraksi. Anda boleh meletakkan bantal berkenaan di bahagian belakang badan.

82. Dalam tempoh anda mengalami kontraksi, bawalah tuala untuk mengelap muka yang mungkin kebasahan akibat peluh selain boleh digunakan untuk menyegarkan diri agar terus bertenaga menghadapi proses pelahiran.

83. Elakkan berasa tertekan sepanjang tempoh awal pelahiran. Anda boleh mendengar ayat-ayat suci Al-Quran menerusi peralatan yang tidak menggunakan wayar elektrik. Contohnya, iPod dan MP4.

84. Fasa tempoh awal pelahiran pastinya membuatkan rasa mual dan ingin muntah biar pun anda kini dalam proses pelahiran. Bagi mengatasinya, anda boleh menghisap gula-gula berangin untuk kekal selesa.

85. Gaya pakaian bersesuaian untuk dipakai ketika hari anda dan bayi dibenarkan pulang ke rumah perlu dibawa. Sebaik-baiknya, pakaian yang anda biasa pakai ketika usia kandungan enam bulan dahulu.

86. Sediakan coli menyusu dua atau tiga helai di dalam beg yang bakal di bawa ke hospital. Ini penting kerana coli ini mampu memberi sokongan kepada payu dara yang mungkin bengkak selepas bersalin.

87. Selain itu, sediakan juga pad payu dara kerana ia penting bagi mengatasi masalah susu meleleh dan mengelakkan kesan lelehan di baju yang anda pakai.

88. Jangan lupa menggunakan bantal khas ketika menyusukan bayi. Ia dapat mengurangkan risiko sakit bahu dan belakang sepanjang proses menyusukan bayi. Malah ia bermanfaat untuk anda yang mungkin melahirkan bayi secara caesarean.

89. Kekalkan keselesaan kaki semasa bersentuhan dengan permukaan lantai yang sejuk. Jadi pakailah stoking yang dapat membantu mengatasi masalah kaki mengalami kesejukan.

90. Utamakan keselesaan dengan membeli tuala wanita khusus untuk wanita bersalin, jenis overnight atau yang boleh memberi perlindungan maksimum memandangkan pada hari-hari awal selepas kelahiran, darah yang keluar adalah banyak.

91. Bagi memudahkan anda mengendalikan diri, pastikan menggunakan seluar dalam pakai buang. Ia amat praktikal terutamanya kepada anda yang mungkin bersalin secara caesarean.

92. Query-Berapa banyak pasang baju berlengan panjang untuk bayi pakai ketika hendak pulang ke rumah nanti? Pemilihan baju berlengan panjang penting kerana ia dapat memastikan bayi yang baru lahir itu kekal panas.

93. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya. Oleh itu untuk memastikan suhu badan bayi kekal selesa, anda perlu memakaikannya topi.

94. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.

95. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.

96. Untuk memastikan tubuh bayi sentiasa panas, sediakan kain selimut daripada fabrik lembut supaya bayi dapat tidur dengan lena.

97. Zuriat anda pastinya mengujakan anda, jika mempunyai bajet lebih tidak salah anda menyediakan kamera atau kamera video untuk merakam detik-detik manis pelahiran si manja anda.

98. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya.

99. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.

100. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.



Friday, May 25, 2012

Abdullah the 3rd : @12 Weeks

A very lame excuse make Ummi kene marah ngan Dr da.........
A told to Dr that Ummi is pregnant and this is the third pregnancy doesn't mean that Ummi need to ignore the do n dont and totally lost track of own baby development as well as diri sendiri da...

But really.
Things has to change.

Ummi started not to ignore.
Started to do some talking with Abdullah.
Cant stop smiling remembering U -Subhanallah.

Last checkup dekat Annur dgn Dr Fatimah.
Abdullah can't stop moving.
Subhanallah, feel like want to cry hearing to your heartbeat. Subhanallah.

Ummi now is 62.8kg. Sgt berat duh.
Abdullah ni macam sebesar buah kiwi.. ehehe.

Dr cakap at 20 weeks Ummi can do details scan.
Details scan utk detect awal if baby got any problem.
InsyaAllah.

Owhh.. di samping itu, ade cerita tambahan. Which this is related to waktu menunggu yg sanngat lama dekat Annur, aaaaaaaaaa....
Ummi letak kad no 3 terawal, tetapi jadik pulak orang ketiga terakhir..
Hikmahnya, Ummi dapat kawan baru.
Sebabkan lama menunggu n lamanya berbual tunggu giliran.
(kawan baru giliran no 2, jadik nombor 8) (Ummi letak kad yg ketiga- dapat nombor 9).

Lucky to know her.
Dia ialah swimming instructor. Take personal classess jugak.
Personal Swimming Instructor dari budak 3thn sampaila dewasa no limit umur.
Actual job is a teacher.
Excitednyer dengar cerita dia.
The art of swimming.
Macam mana ajar baby2 swimming...

Dia cakap dia plan nak bukak balik swimming classes kt UKM.
After da deliver nanti.. She is now 8mons preggy.
Hmm...Ummi berhajat di hati nak hantar budak2 ni pergi belajar swimming. Ntahla.
Tgk pada keperluan lah nanti.
Standard rate Per hour dia cakap RM50.