Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Ummi .... Nak Makan Durian ??


Muadz la ni,
Asyikmintak na makan durian jer
Pasal penangan 'Hantu Durian' dalam ceria Pengembaraan Upin Ipin tula....
 
Disebabkan teruja dgn durian (ape rasa musang king tu eh?)  n muadz pun asyik mintak na makan durian..
pergi la beli durian tu. (
First time membeli durian seumur hidup
Pasal kt kg umah mak ade 5 btg pokok durian (orang dok beli dari kita)
n ade kebun sikit2. Tapi call mak kali ni durian dia belum cukup masa lagi utk gugur,kecik2 lagi
hmm.............

Belila dekat orang yg jual durian tepi highway area sg ramal dalam tu.

Ajak Wani datang rumah,
Bestnya!! lama tak jumpa....
Kebetulan dia pun baru start hantar anak kt taska yg sama Ummi hantar Aqilah dan Muadz
So, semalam first day dia anta ke taska tu Ummi invite terus datang rumah.


Musang king sekilo RM14. lain2 durian campor2 3 rm10 tapi dia bagi 4 rm10..untungnya.........



Wani n Ummi (tutup mata plak)


Muadz mkn durian..da malam buta pun kadang dia mintak na mkn durian

Tuesday, September 6, 2011

Cerita Hari Raya

Selamat Hari Raya 2011 Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Cerita pasal raya,
Cerita sedih,gembira bercampur gaul
Mengenangkan orang2 yang telah pergi mendahului kita
Al-Fatihah.
Mengenangkan sanak saudara jauh dekat di hati nak berjumpa tapi tak berkesempatan.
Tak cukup time nak ziarah sana sini.
huhuhu.
 
Raya tahun ni 
Besederhana sahaja.
Takde biskut tunjuk. :)
Compare to previous year asyik2 beli biskut tunjuk aje.
hehe.semua biskut2 adalah homemade, aka mak made.
Yang Ummi made ~ macaron tu aje. hehe. itu pun tak brapa nak jadi. :)
Raya tahun ni
Baju raya last minute
betul2 last minute. sehari sebelum nak raya hari isnin tu baru pergi beli kt bazar melayu.
Ummi-  Sepasang Kurung Moden
Walid - Sepasang Baju Melayu Hijau Gelap
Muadz -Sepasang Baju Melayu sedondon ngan Walid
Aqilah - Sepasang Baju Kurung ready made saiz 0.
Kronologi raya :
 Malam Raya- Walid/Muadz/Aqilah ikut takbir dari rumah ke rumah(Tepeng)  
                    After that, Malam tu jugak after Takbir raya gerak balik Kg Ummi.
 Selasa        - Sembahyang Raya-Masjid Felda Ijok
 Rabu          -Beraya di Tepeng,Saudara di Changkat Ibul
 Khamis       -Beraya dgn Adik Beradik Saudara Sebelah Walid di Bruas,Gelung Pepuyu ,Pantai  Remis,Simpang. First time untuk Ummi sebab normally diorang yang datang n turun Tepeng.
 Jumaat-Kulim,Kelang Lama, Sebab Walid ade kerja kt sini :) lajak ke sini berhari raya pulak dgn Officemate. Singgah rumah Kak Ayu kt Kulim Makan Mee Singapore :).
Walid pun sempat jugak jenguk Kolej lama dia. Kolej Mara Kulim tu. Cadang nak bawak Ummi pergi makan char keow Toew paling sedap. apakan daya kedai nyer tutup. huhu.
Penat nyer berjalan ajer.
Budak2 tu pun penat jugak
Kesian..
sibuk2 berhari raya~ gambar raya takde rupanya. ade gambar anak2 je.
tu pun candid belaka. Apola, cameraman takde.Camera pun takde. haha.
yang ade camera phone aje. Walid nyer camera guna utk evidence case.


Aqilah

Ijat n Aiman

Ummi n Ella 

Muadz, Upin Ipin tu remabt aiman punya. hehehe

Actually, saban tahun macam tu lah rutinnya, Question Mark cuma raya pertama Kg mana dulu. The rest can say default ulang alik kampung Ummi Kampung Walid. :)
 hehehe.ate..dah kampung sebelah-sebelah. Penatla sikit ulang alik.
Orait, next question mark ade open house ke takde?
question mark question mark.
kene consult walid ni.
(rumah byk tak settle lagi)
  • Lampu dapur tak pasang lagi
  • Paip Sinki tak betul lagi
  • Awning tak pasang lagi
  • Wardrobe tak settle lagi
  • Roman Blind tak pasang lagi
  • TV (hadiah Walid bagi Ummi tak pasang lagi)
  • rak TV tak ade lagi
Time constraint. Slowlylah buat satu2. Yang penting dapat ziarah menziarahi satu sama lain dan bermaafan satu sama lain. eratkan ukkhuwah dan ikatan persahabatan.
~Salam Sayang untuk semua~Salam Hari Raya~

Monday, July 25, 2011

Transformers 3D


sbelum wayang start tangkap gambar dulu
Whole family exicted sebab first time tgk wayang sekeluarga.
GSC IOI,Hall 2, masuk kul 12.30.

Nasib baik adik tak byk ragam.
Adik tidur 5 minute lepas cerita start.
Jaga balik 5 minute before ending.
:)

Muadz pulak.
Having trouble dgn 3D glasses yang takde saiz utk dia ni
asyik2 pegang aje
last2 tgk wayang tak pakai glasess 3D pun.
:)
 
Seronok. Everybody happy :)
 

Friday, July 22, 2011

Weekend Special

Bukti pembelian
This Weekend-Nak bawak anak teruna tu tgk movie robot hehehehe.. (ke walid yang nak tgk sbenarmyer?).
Purposely beli lewat -movie pun dah basi pun. sbb tak nak bersesak2. Lagi nak bwk baby Aqilah tu. Alamak. Nightmare. Camner eh, nak kontrol si kecik tu. kalau dia mau tido aje okla. kalau tak? Sumbat mulut ngan popcorn! hahaha.

First time actually Ummi try purchase online ticketing ni. Confident ajer. huhuhu. hopefully semua berjalan lancar.

Sabtu tak outing dok rumah kemas rumah. Nak membakar biskut double choc chip. Baru beli ingredient dia tadi kt kedai kek dkat ngan office nie. City Bakers.

Nak beli pizza doh(ade yang dia da siap) ,dah sold out pulak. Ish. Next week insyaAllah. Tak sabar rasanya nak try. Pizza doh ade, Mozarella ade, pizza sauce ade. syoknyer.....(ok berangan dulu).

Wednesday, June 8, 2011

Cerita Satu Malam - Part 2

Tetiba ~~~
Eh..mana lak datang kete/moto scooter ni..(itu panggil ape Ummi tak tahu)
Rupanya Muadz ambik keluar dari bilik -

Apa lagi~
tinggalkan mainan train set itu
adik terkam yang moto
Ada rindu agaknya, tepon Ummi bunyik
Suara Walid
'Adik buat apa?'
'Err..adik main mainan abang (Walid)'
'Yang mana?'
'Err....yang moto tu'
'Yang mana?'
'Yang moto tu tayar dia besar tin coca cola'
~~~~~~Ummi tak tahu mainan ni panggil aper la~~remote control dia dah rosak~
'Oooo..takpela,bagila dia main'
Fuh! Sib baik Walid tak marah :)


Ohhh...Walid! tgkla adik main mcm mana tu
anak dara Walid ni agak brutal pulak
pergi langgar dinding!





Abang dia?
Main scooter ni
bukan main laju lagi
pandai pulak dia nak bawak adik
(ke adik yang menumpang naik?)
ehhee
Ummi takut adik jatuh
suh adik peluk abang kuat2
Tgkla adik tu.
innocent je jadik penbonceng
hehehe
seronoknya tgk
dalam masa yang sama hati2
takut muadz brek mengejut kang
jatuh pulak adik
Adik tu..
pandainya..
dah tak nak main
turun sendiri yer
tinggal la abang main sorang2


Scooter Muadz penuh sticker Thomas the tank engine

Habis dah cerita satu malam,
satu malam diorang yang diisi penuh sampai dekat kul 1 pagi main
yang pening nye Ummi
nak suh anak2 tido
apela diorang makan kt taska siang tadi
malam cam bateri energizer
Nak paksa tidur
Ummi tutup semua lampu
Simpan semua mainan
Nangis ke ape ke
Tido!
Tetiba Muadz tanya
'Ummi,Walid mana?'
Aduh..

Tuesday, June 7, 2011

Cerita Satu Malam - Part 1


Walid g outstation yang agak lama
Ummi dgn anak2
First day -ajak adik Ummi nadia teman Ummi g PKNS
Muadz merajuk2 nak menan.
Nangis2, Ummi malu punya pasal
beli jugakla.
Uhuhuu..
Balik rumah- simpan mainan

Day 2-
Maka bermulalah cerita satu malam
Muadz-conquerer
Adik-Monster
ahak.
Ummi tak nak campur tangan mula2.
biarkan Muadz sendiri setup
tapi apa nak buat ade monster kt situ
pasang satu dia relaikan balik satu
pasang lagi monster baling pulak yang dah siap

Ummi terpaksa campur tangan
Cepat2 buat siapkan model train station itu.
hasilnya,
itu conquerer n monter boleh main sama2
tak gaduh tapi kadang2 berebut mainan jugak.





Kat bawah ni castnyer
Ummi tak ingat namala
tapi yang kt tgh tu mmg monster kecik adik bawak main waktu mandi
ade thomas,percy,james,bob n the geng,
lain2 tu kereta kecik walid.
amik dari lemari
buat nyemak kt train set tu ahak
Walid jgn marah eh,
buat kerja baik2 kt penang tu.
Kereta kecik tu elok je adik baling2 kadang baling kene ummi jugak
:p

antara ahli majlis

budak2 ni sibuk main while Ummi lepas settle setup diorang ni jadila camera girl kejap
lepas itu Ummi chow pergi basuh kain selambak 13 kilo
Fuh!
Posted by Picasa

Wednesday, May 18, 2011

Wesak Day Activity

Sesi balas dendam sebab Sabtu and Ahad lepas Ummi ngan Walid tak keluar jalan2.

Balas dendam pun takat jalan2 kt Jusco Taman Equine sahaja. 
takde gambo.
Malas nak amik gambo. ape hal ntah.

First time jalan2 pergi sini. 

Bawak Aqilah n Muadz main2 dekat Kidz World.
Idokle masuk bayar. lalu je. hehehe.
RM 4 per Kid.
Yang lain2 tu bagi dia mainan yang kene masuk token tu, panggil ape ntah.

Lepas jalan 1st floor tgk kedai2,
Di hujung jalan nampak pulak mainan kereta control.
RM3 for 10 minute kot.
Adik amik kereta kaler pink
Muadz amik jeep.
Jalan........
Tukang pegang remote -Ummi ngan Walid ler..
Best nyer..adik cute sgt. :p

Habis jalan2 sini, masuk la mana2 kedai yang rasa nak masuk.
Lepas tu jalan2 kt Ground floor pulak.
Tempat makan.

Mkn KFC, Walid order Chicken Chop, 
Jalan2 pusing2 kt dalam Jusco
Tapi satu barang pun tak ikut balik.

Ummi berkenan nak cuba Cute Fish Spa.
Time mendarat kt Jusco Equine to ini yang nampak dulu.
Nak try time tu Walid tak kasi.Or Walid kata nanti dulu?
Time nak take off-nak balik, (lalu tempat yang sama)
NAk jugak.

MasyaAllah, geli!
Geli sampai nak nangis-first time cuba.
Kene gigit ngan ikan takde gigi ni.
Muadz sampai nangis2 tak kasi ikan gigit kaki ummi dia.
Alala..
Akak yang jaga tu pesan..
"Tahan dulu sikit,tahan dulu, nanti biasa."

Ya betul.lama2 tu relax skit,
RM5 utk 10 minit.
Kaki dah rasa bersih :) 

Jalan balik suka hati :) yay.

Dah sampai seksyen 7,
Singgah World of Babies,
Muadz dpt Ben10 stationery.
tak jumpa apa yang di cari
Mendarat kt Kasih Ibu seksyen 8 plak.

Balik suka hati, dapat apa yang dihajati.

Kt rumah.
Layan tgk cerita LOST final season ngan Walid,
Sambil lipat kain baju,
:)

Monday, May 16, 2011

Cerita Cinta Saya - Versi Saya Sendiri Part 2

Saya cuma betul betul kenal dia sewaktu saya di semester 4-5,
It just fate that brought us together.
(Sebab waktu sebelum tu,
 mmg saya ~in relationship~
dia juga begitu ~in relationship~ juga.

Sehingga satu waktu, masing2 not ~in relationship~ juga.
Ambil masa yang lama untuk saya bangkit dari kesedihan itu,
*Al-Fatihah untuk arwah abah
dan tumpukan sepenuh (segigihnya) perhatian untuk habiskan degree saya tu
*syukur dapat dean list
*syukur dapat Anugerah Naib Canselor

Saya dan dia cuma kawan satu kolej, satu kompeni waktu tu.
Bila saya tahu dia adalah senior sekolah,
Saya beritahu,
Dulu2-saya suka sgt tgk ade sorang senior ni,
Dia pakai tie cartoon,
Dia mengaku, itu adalah dia.
Oh NO!,
Saya tak boleh terima,
Kalau itu dia,
Kenapa saya tak kenal?
kenapa saya tak cam langsung.
Lain sangat,
Possible dulu rambut panjang sekarang rambut pendek sgt2 kot.
Sebabkan saya ni tak percaya,
Nah, ini buktinya.










Oh No!
Sungguh ku tak percaya!
Tak masuk akal
Dia ke orang yang saya selalu dok usha tu?
Takkan dia kot?
Dia ker?

Bukti da ade.
Apakah ini suratan atau kebetulan?

We were never a couple until saya grad, dia grad.
masing2 grad.
:)


31 Aug 2004 yang sgt romantik

"Sudikah ida menjadi kekasih abg?"
"Sudi"

Menggeletar badan rasa nak pecah!

Soalan yang sama

"Sudikah Ida menjadi isteri abg?"
.........balik pk dulu.....
haha.
Soalan tu tak takut,
Soalan ni takut.

"Dah bersedia?"

19 May 2011 ni genap 4 thn usia perkahwinan kami.
:)
Alhamdulillah.

Wednesday, May 11, 2011

Cerita Cinta Saya - Versi Saya Sendiri Part 1

Location : Maresmabp 98/99
 
Saya tak pernah kenal dia.
Saya gembira hidup seperti saya.
Kegemaran saya bermain hoki di padang tiap2 hari jam 5ptg.
(Kadang2 saya main softball)
Mana tak nya, saya captain pasukan.
Saya sibuk dgn urusan saya sendiri dan dunia saya sendiri.
 
Tapi............
Saya kerap memerhati dia.
Dia pun kerap lawan mata dgn saya.
Saya geram.
Saya lawan balik.
Dan kami tidak pernah berkata sepatah apa pun tika terjumpa.
 
Saya kerap perhatikan dia.
Tali leher yang dipakai olehnya itu menjadi pujaan ramai gadis seantara maresmabp ni.
Saya tak pernah kenal dia.
Tali leher itu yang saya perhatikan.
Bila tali leher itu dipakai orang lain..(huh biasala duk asrama pinjam2 neh)
Saya jadi pengekor orang yang memakai tali leher itu pula.
Jadi saya tak pernah kenal dia.
Klakar pulak saya ni.
 
Selalu saya terserempak dgn tali leher itu
di library.
kadang di medan kit,
kadang di dewan selera.
Tali leher itu~ade muka tweety besoooo, kaler kuning.
Ade satu je tali leher yang macam itu pada ketika dan zaman itu.
Saya tak pernah tahu siapa pemilik tali leher itu.
Dan saya tak pernah peduli.
Saya admire pada Tweety muka bulat sayap kecik ituuuuwwwww....

Best Deal Ever Kot??

First time beli pun.
Account?
using my other friend's account, tumpang k.
Deal is on! Ummi purchase through everyday.com beli yang ini
61% off 5 Star Luxury Hotel Buffet Lunch of Dinner



see the counter, already 1777 bought.

Words from Everyday.com to Ummi nyer Inbox.

We will send you instruction on how to download & print your Everyday Coupons once the sales is closed on 17 May 2011 12:00 PM. --mari book sebelum deal tamat 17 May 2011
This is a group purchase deal, so if this deal has not reached the minimum buys, please help us spread the words to your friends. With the power of collaborative buying, everyone will get the best deal.
Don't worry if this deal's minimum target is not reached, we will provide you a full refund.
Everyday Coupons
http://www.everyday.com.my/coupons/
Together, we all get the best local deal
 
 
Next step, call Hotel for Reservation.

Friday, May 6, 2011

Allah Sebaik Baik Perancang

Confirm.
Draft


Awal perancangan ,
Walid terbang dulu. Business travel.
Kemudian -Ummi follow- travel  as a single parent with One Child One Infant.
Lepas Walid habis kerja.
Sekarang travelling Spouse with 2 little precious.
Late notification from Walidnyer Legal Advisor.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya.
Redha dgn ketentuanNya.
Alhamdulillah. Syukur atas segalanya. Ummi syukur sangat2.

Thursday, May 5, 2011

Journey to Parit 3 Sg Burong

Sabtu, 30 April 2011.
 
A week before d day.
Walid roger cakap nak pergi kenduri ke Sekinchan.
 
Sekinchan ?
Ummi pernah dengar tapi tak pernah sampai.
Walid pun tak pernah sampai jugak.
 
Sebab tu Walid kata "Kita pergi kenduri ni"
Selain dari itu kenduri anak buah Walid.
Satu Jabatan.
 
Hari Sabtu yang Jam.Jam. Jemmmmm sgt.
Keluar tol Sg Besi masa tu pukul 12.
Berpanjangan Jam sampai la ke Sg buloh sana.
 
Yang seronoknya adventure kali ni.
Walid takde map kenduri.
Takde pulak pemetaan GPS.
Berpandukan panggilan suara sahaja.
Itu--sekejap orang ni bagi instruction, sekejap orang lain.
Sepatutnya gerak dalam kumpulan.
Tapi sebab jam amat. Delay sana sini.
Gerak Solo.
 
Ummi tak boleh agak berapa jam baru boleh sampai.
Tempat yg nak dituju pun Ummi tak tahu kat mana.
Semua serah bulat2 pada Walid.
Seriously, Perjalanan yang panjang dan sebab jam anak2 paham2 jela.
Tak betah diam.
Sebolehnya Walid tak nak berhenti. Sebab sudah kelewatan.
Betul dah lewat.
Lagi tambah lewat kalau dah sesat jalan.
terlepas sampai ntah Parit berapa Ummi tak tahu.
Jauh lagi macam berapa 38 KM aje lagi nak sampai Teluk Intan.
Patah balik, ikut jalan yang lurus,
Sampai jumpa balik signboard Parit 3.
Pergi masuk Parit 3 Pantai- jalan terus sampai dah nak ke jeti kecik tu,
Ape orang panggil tu eh.
Salah jalan ni. takda jumpa satu kenduri pun.
 
Pusing lagi, tanya kakak yg pada pendapat Ummi tgh tunggu bas kot.
 
"Mana Parit 3 kak ?"
"Sinila Parit 3"
 
Ummi ngan Walid confius, tanya lagi.
 
"Kitorang cari Parit 3"
"Iyer,sinila Parit 3, sini kawasan Sg Burong, sini Parit 3"
 
alalala.........
Berpandukan hati aje, masuk jalan Opposite Parit 3 Pantai tu.
(dah tak jumpa dah mana ada tulis parit 3 lagi)
 
Bila dah betul masuk jalan tu. ade pulak 2 kenduri.
(MasyaAllah,takut salah pergi kenduri pulak)

Jalan sampai hujung lagi.
Nasib baik Walid jumpa muka yang kenal.
Syukur dah sampai.
Jam sudah 3 lebih, agak agak 3 jam jugak perjalanan.
Orang dah nak kemas2.
Nasib aje pengantin tak salin baju lagi.
 
Anak2, nasib baik Mu'adz Ok.
Tapi kesian Adik.
Adik muntah. Pening agaknya. Jalan pusing2.
Sebab lewat. Mmg Walid tak berhenti.
Sejujurnya, Muntah Adik kene baju n kain kurung Ummi.
Baju n Seluar adik lencun dgn muntah.
Kereta harum semerbak bau.
Ummi dah pening bau muntah adik.
Silap2 haribulan Ummi pun boleh nak muntah sekali.
 
Ummi basahkan tuala kecik adik.
Lap satu badan.
Cepat2 bungkus baju n seluar adik.
Adik pakai baju lain.
 
Ummi lap Kain n Baju kurung Ummi.
(kalau nak tukar mana ada bawak persalinan)
 
Walid tak dapat nak berhenti supaya Ummi dapat betul2 bersihkan badan adik.
Sebab baru aje kitorang berhenti.
Dah lambat sgt.
Temperature pun dah naik. hehehehe...
 
Syukurlah.
Bila dah sampai.
Tgk sawah padi hijau, angin sepoi2 bahasa meniup.
Sejuk mata memandang.
Tgk wajah wajah yang Ummi ngan Walid kenal.
Senyum...
Temperature turun balik.
Hopefully angin bawak pergilah bau bau kurang menyenangkan tu. :)
 
Time pergi n Balik lalu Desa Coalfields, teringat kenangan dulu2 time nak beli rumah tapi tak jadi kat sini.
Waktu Balik , Ummi singgah Pasar Malam kt Paya Jaras.
Teringat jugak kenangan dulu2 pergi pasar malam yang sama.
 
Ummi perasan ade satu mende yang spesel kt kenduri ni.
Pecal dia lain la dari yang lain.
Pecal tanjung karang cam tu eh?
Ummi tak makan pun, walau dalam hati teringin nak cuba.

Tuesday, March 1, 2011

New Family Member




Lahir tahun 82, 6hb 3 :)
Well, that is the number for our new family member.

Walid propose to have 199,0203,1604..akhirnya dapat pada 8263. kenapa tak 8236 eh? 

Lucky Walid get the car with full spec. Back camera, Full leather seat,DVD/Radio player (malaysia frequency),4 disk break, body kit.except for the sunroof.  Get full spec for the basic spec price..

Subhanallah,Alhamdulillah  dengan rezeki yang Engkau kurniakan. Mudah-mudahan bertambah2 lagi ketaqwaan dan kecintaan kepada Allah. Amin.

Monday, December 27, 2010

Tahun 2011 yang penuh cabaran

Tahun 2011, tahun yang penuh cabaran. Ummi n Walid will not be in our comfort zone anymore. (akan jadi macam pasangan yang baru2 kahwin tp da ada 2 anakla.., rumah baru,keperluan baru,kerja baru,semester baru,semua baru)
Kenapa Ummi cakap macam tu? In detail..kerana pada tahun inilah, 

1) Kami sekeluarga akan bermautautin secara tetap di rumah baru kami iaitu di Seksyen 7 BBB. Februari 2011.
      a. Wll takes time to adapt to env. changes, hopefully fast enough.
      b. Jauh dari tempat kerja Ummi n Walid. (*not sure yet-highway byk ni  30km tu standard)
     c. Jauh dari tempat belajar Walid (UM)
2) Walid start kuliah Master dia on Februari 2011 .
     a. Akan start balik lewat
3) Ummi masuk tempat kerja baru on March 2011
     a. A job that requires u to travels~dan berjauhan dari keluarga, berlaku lah hubungan jarak jauh.
4) Anak2 yang tengah membesar perlukan perhatian Ummi dan Walid.Muadz = 3 yrs, Aqilah 1 yr
     a. semakin cerdik semakin bijak semakin banyak soalan. Cabaran menapis anasir2 jahat. dan perbuatan2 yang salah dan betul.



Life change~ attitude also must change. Attitude! simply attitude, Nak ke tak nak! Well easy said than done. But at least give urself a chance.
Kadang kala Ummi also wonder, Ummi terlalu Focus 100% kepada apa yang ummi buat Ummi takkan perasan perkara2 lain walaupun sekecil2 perkara. (kurang perhatian pada perkara lain ketika diri sedang focus melakukan perkara yang lain).

Should not be this way, though this way yang buatkan Ummi succeed sampai sekarang. Focus and Attention, sekarang Ummi nak ubah sikit. jadikan~Focus and Attention to Detail! Yes! And Perhaps do the right thing at the right time.be agile-ability to respond to change in the most effective way.That is being responsive.

 
I hope and I hope. Dah ada dua anak ni semua mende buat nak kene cepat. Ummi tengah masak, adik datang kacau, masa ni jugakla abang nak susulah, nak berak lah. Yang kt dapur tgh masak, tgh na basuh pinggan, etc etc etc- Agak susah nak tinggalkan Abang n Adik together. tak leh percaya. Nak uruskan dua-dua ni..dalam pada masa yang sama cope dengan urusan tanggungjawab harian. Ummi really hope Ummi can be a good manager. Not only good but wise manager as well. Amin.~Walid,terima kasih kerana memahami dan terima kasih kerana membantu~

Orang yang tengok takkan tahu sampai dia sendiri lakukan. betapa kelam kabut. dan semakin kelam kabut, semakin pelupa pulak tu. hancur. Agaknya Ummi perlukan supplement tambahan, jgnla jadi pelupa sangat. Cepat ingat dan cepat lupa.Not good not good. Kembali kepada basic- Kurma, gingko, kismis, madu.

Ummi senyap2 nak build own S.O.P. cess..cam ape jer.For personal development. But its true.at least to me.. so Ummi can be more discipline. Nanti KPI tgkla sapa nak judge. Ada bonus tak? Takda bonus kerja down sikit lah.hehe.sempat lagi.

 
Rohaniah dan jasmaniah, perlu perhatikan dari segi komitmen kepada yang Esa,tebal nipis iman yang sentiasa berubah2, Ummi berdoa agar sentiasa ditetapkan iman, jaga solat, jaga hubungan dengan Allah.

Penjagaan pemakanan agar tidak mudah terkena penyakit. Kurangkan yang berminyak, Walid nyer azam tahun ni nak makan yang stim stim sajer yer. Lets give it a try -be firm and consistent. Kene check balik menu pemakanan keluarga nih.

Apa saja dugaan dan cabaran pesan Walid-‘JANGAN BERPUTUS ASA!’
’ALWAYS THINK THAT U CAN!’

Sama2 lah ingat mengingati sesama kita.Have faith in Allah for Allah He is our Creator.


Tuesday, November 23, 2010

Istana Bambu, Ampang

Entry tertangguh.

Event makan-makan.

Tanda kesyukuran rezeki Pak Yop bertambah.




Baby Aqilah comel sangat!!!!!

Friday, November 19, 2010

Raja Haji 2010

Balik Raya haji kali ni jalan sesak teruk. Dari pukul 8.30 malam keluar rumah sampai Taiping kul 2 pagi.(very long and tedious journey) Katanya ada tanah runtuh dekat area terowong manora tu. itu sebab satu terowong ditutup dan contra lane dibuka.ditambah dengan hujan lebat di beberapa tempat sepanjang perjalanan Puchong ke Taiping.

Apa yang gembira sepanjang perjalanan balik kali ni mulut Muadz tak renti bercakap.. chot chet chot chet prot pret prot pret.. lawan cakap ngan Walid dia. Sampai Walid pun tersalah simpang melayan si Muadz ni bercakap. Even Ummi tertidur pun Muadz tak berhenti lagi bercakap..geli hati Ummi ngan Walid tengokkan gelagat Muadz.

Muadz da jadi co-pilot, mestila temankan Walid nanti Walid mengantuk. Bila Muadz da tidor..Walid pun da tak tahan mengantuk Ummi take over plak dari Bukit Gantang drive sampaila depan pintu rumah opah. 

Ada 9 ekor lembu tumbang raya kali ni, tahun ni Ummi ngn Walid ambil kesempatan utk laksanakan Aqiqah untuk Aqilah. Terlaksana sudah tanggunjawab. Dalam pada tu, ade pulak insiden orang kene tanduk lembu. Ikutkan kata Ncik, belum pernah lagi jadi. Lembu yang sama jugak hampir cederakan seorang lagi penduduk. Jadi ada 2 kemalangan melibatkan lembu yang sama ni.

Itulah serba sedikit cerita AidilAdha 2010 ni.

Monday, November 15, 2010

Lavender

Di kalangan kawan2 Ummi mmg diorang tahu Ummi ni peminat Lavender-baik its flower, its smells and its colour. hehehe..all of it. Sejak tingkatan 1 lagi Ummi dah very fond of Lavender. The most crazy thing Ummi pernah buat at that time is to wear all in Lavender. sampaikan tudung tempah special buat lavender in colour. And even to my friend Ummi cakap besar nanti nak cat rumah colour Lavender..

Dulu-dulu kawan2 kenal Umminyer tagline ~Princess Lavender~ hahhahaa.. lol. Zaman kanak-kanak riang.

Hmm..even now.. Ummi still very fond of Lavender.. dengan ~Hijau Pucuk Pisang/Hijau Epal~ hahaha..bukan Hijau Katak Pisang.

Bila sekarang minat ni sama ngan Walid.. [tengok rumah jadik warna apa] ..contrasting Purple/Contrasting Green.


hehe.actually colour differs from the picture sebab tgk effect pada cahaya...ni gambar tak abis cat pun..




Lagi satu impian tak tahu kesampaian atau idak.

Ummi pernah dicabar oleh seorang fasilitator kt Telekom(Taiping) dulu.masa ni umo 16thn..Ummi tanya dia.. Kenapa orang tanam pokok mempelam dekat depan rumah? Kebetulan deretan rumah kat situ semua ada tanam pokok mempelam berjenis2.

Dia jawab: Kalau nak tahu kenapa orang tanam pokok mempelam depan rumah besar nanti ada rumah tanamlah sendiri!

Ummi tersenyap.. dan semenjak tu berazam nak tanam pokok mempelam depan rumah (kenapa tak pokok jambu ker,betik ker, kelapa ker)

Dekat rumah ncik ade pokok mempelam harum manis.. sedapnyer...berguna sangat kalau dah sampai mengidam nak makan tu(pregnant that time)..grab saje.. tapi kene la tunngu musim pulak.

Tapi nak buat macam mana yer... rumah sekarang depan semua dah simen.. nak buat mini garden pun ....ke.. mini kolam ker.. aish.. tanya Walid lah.Camner nak bela ikan koi ni.

~Smile~

Friday, October 29, 2010

Ibu Mithali, Isteri Sejati

Siapakah dia Ibu Mithali? Isteri Sejati?
Dapatkah kita menjadi dalam golongan Ibu Mithali Isteri Sejati ini?
Mari sama-sama renungkan analisa yang telah dibuat oleh seorang pakar motivasi terkenal tanahair dan sama-sama kita mengorak langkah berusaha ke arah menjadi Ibu Mithali Isteri Sejati.
In blue is my comment

Oleh : Dr. Fadzilah Kamsah (Pakar Motivasi)
Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :
  1. Berdoa memohon keredhaan Allah
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
  3. Membersihkan hati dan pemikiran
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif
  5. Mendidik diri sendiri
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
  7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
  8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
  9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
  10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  11. Muhasabah diri
Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja(*InsyaAllah semua sekali). Jika anda telah berjaya, anda patut bangga, namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.
 
Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-
  1. Positif Terhadap Perubahan
  2. Positif Terhadap Diri Sendiri
  3. Positif Terhadap Kepimpinan
  4. Positif Terhadap Masalah
  5. Positif Terhadap Orang Lain
  6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
  7. Positif Terhadap Idea Kreatif
  8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
  9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar
~Apa Key Word dekat sini? Positif, yes. Postive towards every aspect of life leads to positive environment as well,Saya berubah menjadi positif dan persekitaran turut berubah bersama saya.

Antara petua untuk menjadi ibu mithali :
  1. Analisis diri daripada pandangan anak
  2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
  3. Bercakap benar
  4. Kotakan kata-kata
  5. Didik anak mengenai kemahiran sosial
  6. Gunakan masa jitu untuk mengajar
  7. Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
  8. Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
  9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
  10. Melatih anak berfikir
  11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
  12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
  13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
  14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
  15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
  16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.
~petua petua yang harus sentiasa diamalkan, alah bisa tegal biasa.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :
  1. Pendidik keluarga
  2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
  3. Penasihat
  4. Doktor dan jururawat
  5. Mendisiplinkan anak-anak
  6. Kawan atau sahabat
  7. Penyelesai masalah
  8. Merangsang perkembangan mental anak-anak
  9. Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
  10. Model pada anak-anak
  11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
  12. Mengawal ekonomi rumah tangga
  13. Menjaga harta suami dan keluarga
~Apa yang dapat from the listing above? Ibu is also a teacher,vice president,consultant, Doctor,nurse,Cikgu disiplin,Kaunselor,model,Perancang ERT, bendahari? (treasurer?) ha..banyak nyer kerja yang dilakukan oleh ibu ni . do tell me. If there is any work harder than all this.

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-
  1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri **this is interesting
  2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak **berebut nak tgk tv kadang tu
  3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak **must learn to take up this
  4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak **yes
  5. Mendidik anak berdikari **agree, boleh start bagi assignment
  6. Mempunyai nilai diri tinggi ** :)
  7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak **yes.say sorry
  8. Bertindak secara jamaah **makan berjemaah,solat berjamaah, lakukan aktiviti sama-sama
  9. Mengorbankan kepentingan peribadi **:)
  10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan ** :) focus
  11. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan. **InsyaAllah
  12. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga. **Semoga Allah makbulkan
Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi ibu mithali, isteri sejati. *Amin

Wednesday, October 20, 2010

Kenduri Pemilik 'Tiger'

Last Saturday (17/10/2010), Walid bawak Ummi pergi kenduri 'pemilik tiger atas katil', which is..kawan walid la tu.Ummi actually dah booked Walid tuk kenduri Yap kawan semasa kt matrix kmpp dulu, dan Walid pun dah agree, tapi last minute changes dari menghala ke Putrajaya tayar tu golek pergi ke Selayang pulak.... Last minute Walid baru teringat ade kenduri kawan2 semasa DPA dia dulu.

Disebabkan Mua'dz tak berapa sihat, jadi perancangan untuk keluar tu antara ya dan tidak. Ya, jadi keluar sebab nak bawak Mua'dz jalan2 go and get some fresh air. Hopefully dia akan cepat sihat bila dapat keluar dan bergumbira. hehe.

Pergi ke sana konvoi 2 kereta aje dr Puchong dgn kawan Walid whose wife is an arkitek. Jumpa kawan kawan walid ~muka yang familiar jugak sebab sudah pernah jumpa 2-3 kali jumpa~tapi yang bestnya semenjak dr event kt Bagan Lalang tu yang memang Ummi kerap jumpa is Kak Nisa'. A mother of 3,selalu sgt jumpa dia sebab husband dia dulu sama kursus ngn Walid kt Johor.

Tak banyak story morry the morning glory sebab anak tak sihat so Walid ajela yang take the lead. Ummi duduk diam-diam bagi makan anak2. Lepas makan pergi solat kat Masjid berhampiran. Dekat sini la anak Ummi ni kelakar betulla,Walid da selesai solat dia sibuk nak ambil air sembahyang nak solat. Lepas tu boleh pulak ummi & walid da tunggu kt kereta dia berjalan tak tengok belakang nak masuk ke Masjid sambil jerit "Mu'adz nak sembahyang!"

Alala....Walid cakap Mu'adz sembahyang kt rumah ajela. terpaksa pujuk dia.

So mmg as promise, bawak Mu'adz jalan2 lagi naik Star LRT. hehehe..suke sangat2 sangat2 suke tak nak turun train tak nak balik. Bila tak nak balik menangisla pulak, alahai Muhammad Mu'adz yang suka train ni..

Pujukla dia ajak balik~ari pun dah malam, Aqilah? tidur aje.best.

Wednesday, August 18, 2010

Jalan TAR, 14 August 2010 11am


Saturday last week, My family and I go jalan-jalan dekat Jalan TAR. Nak carik Baju untuk Aidilfitri 2010 ni.

Ummi ajak Walid pergi tak sangka Walid agree. Normally dia susah sikit nak g tempat2 ramai orang ni. Err ..sebelum dia agree dah kena bebel dulu.. sepatutnya sebulan sebelum puasa baju dah ready. Nak wat camna. Tak sempat nak jahit la Walid….

Keluar pukul 11 ~awal tu~, carik parking kt SOGO, ~senang jugak carik parking,org tak ramai lagi~.

Dah sampai Jalan Tar sana, browsing browsing..sampai pening. Terlalu banyak choices. Kebanyakan kedai jual cotton kurung dari segala jenis, swiss la,Japanese la, viscose la.ada manik takda manik. Rata2 harga dari RM50 to RM199..sure its a trend sekarang kurung cotton. Menarik!

Okey, tema tahun ni sudah FIXED! Ungu. Browsing cari cotton ungu…erkk…tak jumpa yang berkenan. Lastly sangkut kt Cosmic Silk House. Tak sangka borong semua dekat sini aje. Ummi pilih-pilih, Walid tolong tgk Mu’adz. Mu’adz pun senang jugak nak jaga dia lari2 kt celah-celah kain tu, kt dalam House tu aje. Kalau kt gerai2 kt luar sure tak betah duduk diam budak kecik tu.

Sales girl tu patut dapat credit,tak tahu kenapa senang sangat dengan dia.Semua kehendak Ummi dia layan, rasa so special pulak. Treat like customer is very urgent.

Wanna make story short, Ummi beli satu kurung moden, 2 kurung biasa. Purple colour.hehhe..Total spending=360.

Carik baju tuk Walid, and Mu’adz tak susah. Ngam2 gerai baju Melayu kt luar, beli sepasang tuk Mu’adz and Walid. Seronok tengok Mu’adz menerai baju tu..tahu-tahu aje eh?
Orang tak ramai dan tak sesak. So oklah..awal lagi tu. pukul 1 and baru first week Ramadhan. haha.. takpela..beli awal-awal senang.

Ok. Settle everything, dah nak balik sebelum hari mau hujan. masa tu pukul 2 baru. Owh..Mu’adz lapar. Singgah KFC beli makanan tuk Mu’adz. Hmm..Kita nak bagi makan anak, tapi Ummi sangat terkejut tgk orang-orang yang Muslim ni.. selamba saja makan. siap baca doa bukak puasa! Sigh..yang Ummi tgk ada 3 pair. Aku tengok engkau,engkau tengok aku. Walid tak cakap banyak..Musafir………..itu katanya.

Ok, done with that, Bergerak Balik Puchong…..settle sudah urusan baju raya. Kuih raya? Order kt Zue ajelah.