Thursday, May 19, 2011

Tolong sampaikan pada si dia

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan untuk si dia,
Tolong beritahu si dia, cinta yang agung adalah cinta-Nya,
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa,
Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa,
Tolong nasihati dia, jangan mengingatku melebihi dari dia mengingati Yang Maha Kuasa,
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku melebihi doa dia kepada ibu bapanya.
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya,
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa,
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta,
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya,
Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia.
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya,
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya,
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa,
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga,
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.
Tolong sabarkan si dia, andai diri enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta,
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya,
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya,
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi puncak kegagalannya,
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya,
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu membuat dia terlena.
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya,
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku,
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya,
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa,
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.

Source : google
Credit to Unknown 

No comments: