Tuesday, March 15, 2011

Accident Might Happen

Ya.. accident might happen.
 
Friday 11.50pm Lebuh raya arah utara berdekatan Gopeng.
 
Sebuah kereta Proton Waja dipandu oleh dua orang rakan berbangsa Cina telah merempuh kenderaan Toyota Wish di hadapan mereka.Keadaan di waktu itu hujan renyai-renyai.Kereta dipandu laju dan gagal mengawal brek kenderaan.
 
Kereta Proton Waja tersebut rosak teruk di bahagian hadapan dgn kedua2 lampu hadapan pecah dan keaadan enjin yang tidak dapat dipastikan.Toyota Wish mengalami kerosakan di bahagian bumper belakang.
 
Kemalangan kecil itu tidak meragut nyawa. Keadaan di sekitar lebuh raya tempat kejadian  turut melihatkan pelbagai kenderaan pelbagai jenis turut terlibat di dalam kemalangan-kemalangan kecil sesama sendiri. (honestly a weird scenery) (lebih dari 15 kenderaan tersadai disebabkan kemalangan yang tak pasti berpunca oleh apa siapa bagaimana menyebabkan byk kenderaan terpaksa brek mengejut dan perlanggaran antara satu sama lain). Luckily Walid sempat brek dan dan mengelak dari melanggar kenderaan hadapan. Walau bagaimanapun. kenderaan belakang tidak dapat berbuat yang sama.
 
Laporan polis telah dibuat berkenaan kemalangan tersebut di Balai Polis Trafik Cawangan Ipoh.
 
Syukur Alhamdulillah, ummi,walid,adik,muadz,mak selamat.
 
'Utamakan keselamatan dan berhati-hati sewaktu memandu'
 
 
 
 
 
 

2 comments:

za said...

alhamdulillah..awe n family selamat... :)

UmmiSalwa said...

Alhamdulillah.
tapi trauma la jugak.
lain kali kene lebih berhati2 even waktu hujan renyai2 sekalipun.